Covid-19: Kes diimport pertama libat jenis virus baru dari Britain dikesan, ujian awal cadang lagi 11 kes turut positif, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:07
Asar
4:32
Maghrib
7:12
Isyak
8:27

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Setempat0

Covid-19: Kes diimport pertama libat jenis virus baru dari Britain dikesan, ujian awal cadang lagi 11 kes turut positif

MOH: Pesakit seorang pelajar warga S'pura berusia 17 yang menuntut di Britain, tiada bukti Covid-19 jenis B117 sedang menular dalam masyarakat
Dec 24, 2020 | 12:29 AM

JENIS koronavirus Covid-19 baru, yang disyaki lebih mudah berjangkit, telah dikesan dalam satu kes diimport di sini, dengan ujian awal menunjukkan lagi 11 kes turut positif bagi jenis Covid-19 yang sama, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (23 Dis) malam.

Kes-kes itu antara 31 kes diimport dari Eropah yang tiba di Singapura antara 17 November dengan 17 Disember dan didapati membawa jangkitan Covid-19 pada bulan ini.

Namun, tiada bukti yang menunjukkan Covid-19 jenis B117 itu sedang menular dalam masyarakat di sini, kata MOH, yang menambah kesemua kes telah dikenakan perintah jangan keluar rumah (SHN) di pusat kuarantin setibanya di Singapura. Kontak rapat pesakit ini juga telah dikuarantin pada lebih awal, kata MOH.

Menurut MOH, Makmal Kesihatan Awam Nasional sedang melaksanakan penjujukan genom untuk memastikan DNA jenis virus yang kini sedang menular di Britain. 

Sebanyak 12 kes yang diimport dari Eropah dalam tempoh sebulan bermula 17 November itu didapati tidak dijangkiti koronavirus Covid-19 jenis B117 tersebut.

Discover Malay Home Based Businesses

Sampel dari lima kes pula tidak boleh diuji kerana kandungan virus tidak mencukupi.

Baki lagi dua kes masih belum diuji.

Kes diimport tunggal yang dijangkiti jenis Covid-19 B117 itu ialah seorang warga Singapura perempuan berusia 17 tahun yang menuntut di Britain sejak Ogos 2020. Pelajar itu kembali ke Singapura pada 6 Disember dan menjalani SHN di pusat kuarantin setibanya di sini.

Pelajar itu mengalami demam pada hari selanjutnya dan didapati mengalami jangkitan Covid-19 pada 8 Disember. 

“Kes beliau disenaraikan dalam kiraan kes pada hari yang sama,” kata MOH dalam kenyataannya.

“Semua kontak rapatnya telah dikenakan kuarantin dan diuji negatif bagi Covid-19 di akhir tempoh kuarantin. Oleh kerana beliau telah diasingkan setibanya di Singapura, kami telah berupaya mengadang kes ini (daripada menjangkiti orang lain) dan tiada jangkitan lain yang bersumber darinya,” kata MOH lagi.

Kelmarin, jawatankuasa bertindak berbilang kementerian mengumumkan semua pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek yang pernah ke Britain dalam tempoh 14 hari terakhir tidak akan dibenar transit di Singapura atau masuk ke negara ini bermula 11.59 malam pada 23 Disember.

Warga Singapura dan penduduk tetap yang ingin memasuki Singapura dari Britain pula perlu menjalani ujian PCR Covid-19 setibanya di sini dan menjalani SHN 14 hari.

Dalam pada itu, MOH melaporkan 21 kes diimport sehingga 12 tengah hari pada 23 Disember. Kes-kes itu telah dikenakan SHN setibanya di Singapura.  Tiada kes jangkitan dalam masyarakat atau dari dormitori pekerja asing dilaporkan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Try the new Halal Food Map