Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS

Covid-19: Mendaki hulur $1.9j bantu masyarakat Melayu/Islam yang terjejas

Apr 09, 2020 | 05:30 AM



YAYASAN Mendaki akan menghulurkan bantuan hampir $1.9 juta secara serta-merta bagi membantu masyarakat Melayu/Islam yang terjejas ekoran pandemik Covid-19, menyusuli pengumuman #SGTeguhBersatu baru-baru ini.



Menerusi bantuan itu, ia akan menyasarkan keluarga kurang mampu sambil memberitahu mereka maklumat skim sokongan terkini yang terdapat di peringkat nasional dan masyarakat.



Bersama Mendaki Sense, Yayasan Mendaki akan mendekati penerima yang tersenarai di bawah pertubuhan itu serta masyarakat secara menyeluruh, tentang peningkatan kepada program dan skim sedia ada, selain langkah baru yang diperkenalkan untuk membantu mereka.



Dalam kenyataannya semalam, Mendaki berkata antara bantuan tambahan yang akan dihulurkan termasuk membantu pelajar dan pekerja.



Antaranya, pelajar yang memerlukan alat digital untuk mengakses pembelajaran secara dalam talian, akan dibantu.



Pelajar yang dibawah Skim Tuisyen Mendaki (MTS) dan Program Tuisyen Bersama (CTP) yang tidak mempunyai komputer riba akan diberikan komputer riba baru menerusi program nasional rogram Komputer Baru Tambahan (NEU PC Plus).



"Mendaki akan bekerjasama dengan sekolah dan institusi pembelajaran untuk memudahkan dan mempercepat proses permohonan," kata Mendaki.



Namun komputer riba akan dipinjamkan terlebih dahulu agar pembelajaran tidak terjejas, sedang permohonan pelajar diproses.



Di samping itu, pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang kehilangan pekerjaan sambilan akan menerima duit belanja $10 setiap hari sekolah daripada Mendaki untuk menampung kos pengangkutan dan makan harian mereka selama tiga bulan.



Berhubung yuran sekolah pula, pelajar yang sebelum ini tidak layak mendapatkan Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS) atau Pinjaman Pembelajaran bebas faedah ekoran kriteria pendapatan keluarga, kini boleh memohon semula untuk skim itu sekiranya ada perubahan kepada pendapatan keluarga akibat Covid-19.



Di samping itu, penerima Pinjaman Pelajaran Mendaki yang kini sedang belajar di institut pengajian tinggi luar negara dan memenuhi kriteria relevan, boleh memohon untuk tokokan kepada jumlah pinjaman pelajaran jika mereka menghadapi kesukaran membanyar yuran tuisyen.



Keutamaan bagaimanapun akan diberikan kepada pelajar di tahun akhir pengajian.



Selain itu, bagi pekerja dan mereka yang sedang mencari pekerjaan, Mendaki Sense akan menganjurkan Pameran Kerjaya Alam Maya di samping menawarkan talian 'Helpline' bagi mereka yang memerlukan bantuan untuk melayari laman web itu.



Aplikasi dan platform dalam talian seperti Cari Kerja App dan Kiosk, serta 'SGUnited Jobs Initiative' juga akan dikongsi untuk menghubungkan mereka yang sedang mencari pekerjaan kepada sektor relevan.



Mengulas, Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, berkata:



"Kami telah menyediakan bantuan untuk memastikan pembelajaran pelajar termasuk mereka yang di institut pengajian tinggi, tidak terjejas meski ada perubahan kepada sekitaran pembelajaran.



"Para pekerja kita juga memerlukan bantuan. Justeru, beberapa inisiatif akan diperkenal Mendaki Sense untuk mebantu pekerja kekal berdaya tahan selain memanfaatkan peluang bagi meraih kemahiran baru dan mempertingkat kemahiran mereka."



Mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Mendaki dan Mendaki Sense.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >