Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Covid-19: S'pura boleh jangkakan 5,000 kes sehari jelang pertengahan Okt, dengan kebanyakan kes tanpa tanda jangkitan atau alami tanda ringan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19: S'pura boleh jangkakan 5,000 kes sehari jelang pertengahan Okt, dengan kebanyakan kes tanpa tanda jangkitan atau alami tanda ringan

Oct 02, 2021 | 07:18 PM

SINGAPURA boleh menyaksikan kes Covid-19 mencecah angka 5,000 kes sehari dalam tempoh dua minggu mendatang walaupun kebanyakan daripada mereka iaitu sekitar 98 peratus daripada pesakit mempunyai tanda jangkitan ringan atau tiada jangkitan langsung, khususnya jika mereka sudah menjalani vaksinasi.

Ini adalah keadaannya apabila pihak berkuasa menjalankan semakan besar pada semua protokol jagaan kesihatan bagi menjadikan protokol tersebut lebih mudah dan senang dihadam, sedang Singapura menyesuaikan keadaan agar penduduknya hidup bersama virus ini.

Namun, bagi mereka yang jatuh sakit lebih teruk, Singapura sedang menambah jumlah katil yang tersedia buat pesakit berisiko tinggi yang memerlukan pemantauan rapi di luar hospital. 

Dalam tempoh seminggu, 580 katil telah disediakan di empat kemudahan rawatan Covid-19. Kementerian Kesihatan (MOH) merancang menambahnya kepada 3,700 katil di sembilan kemudahan menjelang penghujung Oktober.

Ini adalah aspek yang menimbulkan "krisis terbesar" buat Singapura, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung di sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian yang menangani pandemik Covid-19 pada Sabtu (2 Oktober).

Beliau menambah ramai pesakit yang tidak memerlukan jagaan kesihatan kini dimasukkan ke hospital kerana negara ini kurang katil kemudahan rawatan bagi Covid-19.

Encik Ong akur pelbagai proses ujian, pengasingan dan protokol jagaan kesihatan lain yang sering dirujuk dengan akronim kompleks dan ia ibarat sup abjad atau 'alphabet soup'.

Pasukan bertindak berbilang kementerian akan menyemak aspek ini secara menyeluruh untuk tampilkan protokol yang lebih mudah difahami dan diingati, katanya.

"Sebab jika orang ramai tidak memahami, mereka tidak boleh memainkan peranan mereka bagi melaksanakan tanggungjawab peribadi, apa lagi membantu orang lain.

"Ia juga menyumbang kepada rasa teragak-agak yang dirasakan secara menyeluruh bahawa Covid adalah penyakit sangat serius sedangkan bagi mereka yang divaksin ia menjadi penyakit lebih ringan," jelas Encik Ong.

Buat masa ini, 56 peratus pesakit Covid-19 pulih di rumah walaupun peratusannya dijangka meningkat dalam minggu-minggu mendatang.

Lagi 6 peratus pula tidak boleh mengasingkan dirinya di rumah dan biasanya dihantar ke kemudahan jagaan masyarakat untuk pulih sementara baki 13 peratus yang lain, misalnya, pekerja hijrahan pulih di kemudahan lain.

Singapura mengetatkan sekatan perhimpunan sosial pada Isnin (27 September) dan melaporkan hampir 3,000 kes Covid-19 baru pada Jumaat.

Kesan penuh peraturan yang diperketat ini belum lagi dilihat, jelas MOH dalam kenyataannya.

"Walau bagaimanapun, sedang jumlah kes harian akan terus meningkat, kadar peningkatannya nampaknya menjadi perlahan sedikit," ujar MOH sambil menambah masa yang diambil bagi kes baru bertambah seganda dipanjangkan sedikit dari lapan kepada 10 hari.

Ia menambah jawatankuasa pakar mengenai vaksinasi Covid-19 sedang mempertimbangkan mengusulkan suntikan penggalak atau 'booster' kepada lebih ramai orang termasuk pekerja jagaan kesihatan, pekerja barisan hadapan dan mereka yang bertugas dalam sekitaran yang mudah dijangkiti.

Ini akan kemungkinan berlaku, tambah MOH, sambil berkata ia bersedia sepenuhnya bagi menyokong sebarang usulan yang dibuat jawatankuasa pakar itu.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3