Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: S'pura tidak lagi terima pemilik pas kerja dari tempat dianggap berisiko tinggi

May 7, 2021 | 10:36 PM
b228ef85-5f7c-4026-9b31-530f24cbc32e
-

SINGAPURA telah berhenti menerima permohonan kemasukan baru bagi pemilik pas kerja dari negara-negara atau rantau yang dianggap berisiko tinggi akibat Covid-19.

Ia tidak melibatkan pekerja yang diperlukan bagi projek strategik utama dan kerja pembinaan prasarana.

Langkah baru ini berkuatkuasa serta-merta.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (7 Mei) berkata ia akan menjadual semula kemasukan ke Singapura bagi pemilik pas kerja yang telah mendapatkan kebenaran awal untuk memasuki Singapura, bermula Selasa ini.

Pemilik pas kerja dari tempat-tempat yang dianggap berisiko tinggi yang telah diluluskan untuk memasuki Singapura sebelum 5 Julai kini tidak lagi dibenarkan berbuat demikian, kecuali mereka yang bekerja dalam sektor binaan, limbungan kapal dan pemprosesan serta pembantu rumah.

Sebahagian pekerja ini, yang sebelum ini dijadual tiba di sini pada Jun akan dijadualkann semula supaya tiba beberapa minggu selepas itu, kata MOM.

"Kami akan memberitahu majikan bila masana untuk memohon bagi kemasukan semula, apabila keadaan telah stabil dan kami akan memberi mereka keutamaan apabila meluluskan kemasukan nanti," kata MOM.

Menambah, agensi itu berkata ia sedang membuat perubahan ini semasa tempoh berjaga-jaga yang dipertingkat, berlatar bilangan kes Covid-19 yang melonjak di beberapa negara dan penularan varian virus baru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg