SINGAPURA melaporkan 136 kes koronavirus baru dalam masyarakat semalam, termasuk 36 kes yang dikaitkan dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP) yang kian bertambah.

Ini menjadikan keseluruhan kes di kelompok JFP kepada 894.

Terdapat juga dua kes baru yang dikaitkan dengan kelompok KTV. Kelompok itu mempunyai keseluruhan 245 kes.

Daripada 136 kes itu, 59 dikaitkan dengan kes lalu dan telah dikesan melalui proses pemantauan, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Baki 55 kes tiada kaitan dengan kes lain.

Ini menjadikannya jumlah kes tiada kaitan yang tertinggi tahun ini. Sebelum ini, sebanyak 52 kes dilaporkan tiada kaitan pada 22 Julai tahun ini.

Dalam kalangan kes yang dilaporkan, tiga merupakan warga senja berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksinasi atau hanya baru menerima separuh dos vaksinasi.

Dalam pada itu, terdapat tiga kes import yang telah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura, tambah MOH. Dua daripada kes itu dikesan apabila tiba di Singapura manakala satu lagi kes menunjukkan simptom semasa menjalani SHN atau pengasingan.

Lihat berita utama daripada semua kategori di satu tempat.

Ini menjadikan bilangan kes keseluruhan di Singapura kini sebanyak 64,453.

Kelmarin, MOH telah menemui 10 kluster Covid-19 aktif baru, termasuk satu yang dikaitkan dengan klinik doktor am di Jurong West.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif di sini menjadi 35, jumlah tertinggi pada bulan lalu, kata MOH dalam perkembangan baru koronavirus setiap malam pada Isnin.

Sebanyak tiga kes Covid-19 telah dikaitkan dengan Pusat Perubatan Apex (Jurong), sebuah klinik di Jurong West Street 92.

Ini adalah salah satu daripada tujuh kelompok baru yang masing-masing mempunyai tiga jangkitan.

Tiga kelompok baru yang lain masing-masing mempunyai empat kes.

Sejauh ini, sejumlah 37 orang telah meninggal dunia di Singapura kerana komplikasi akibat jangkitan Covid-19.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti