Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Curi masa' untuk sumbang bakti kepada masyarakat

Tiga pelajar cemerlang madrasah dipilih sebagai penerima Anugerah Madrasah Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) tahun ini. Anugerah itu, yang diperkenalkan pada 2017, bertujuan mengiktiraf pelajar cemerlang madrasah berdasar peperiksaan nasional, sambil menggalak pelajar untuk mencapai matlamat tinggi dalam bidang akademik, kepimpinan dan keterlibatan masyarakat. Ikuti wawancara BERITA HARIAN bersama mereka.
Aug 12, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN sibuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, siswazah Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah Cik Shariffah Nur Athirah Syed Kassim Al-Muthar tetap mencuri-curi masa untuk menyumbang bakti kepada masyarakat.



Baru-baru ini, usaha remaja berusia 19 tahun itu diiktiraf ketika beliau menjadi antara tiga pelajar cemerlang madrasah yang dipilih menerima Anugerah LBKM tahun ini.



Anugerah itu, yang diperkenalkan pada 2017, bertujuan mengiktiraf pelajar cemerlang madrasah berdasar peperiksaan nasional, sambil menggalak pelajar untuk mencapai matlamat tinggi dalam bidang akademik, kepimpinan dan keterlibatan masyarakat.



Cik Athirah, yang memenangi anugerah tersebut bagi peringkat Pra-universiti, menerima cek $1,500.



Bersyukur dan berbesar hati atas penganugerahan itu, Cik Athirah memberitahu Berita Harian:



"Anugerah ini membakar semangat dan keyakinan saya untuk meneruskan perjuangan saya tanpa penyesalan. Walaupun kejayaan tidak terletak kepada sesebuah anugerah, ia amat bermakna atas segala penat lelah dan pengorbanan yang telah saya lalui di samping dorongan ibu bapa, guru-guru serta rakan-rakan."



Cik Athirah akur bahawa ia sukar untuk mengimbangi masa bagi mengulangkaji mata pelajaran yang banyak di samping aktiviti-aktiviti luar darjah.



Antara cabaran lain, termasuk perubahan berterusan akibat pandemik Covid-19 yang perlu beliau sesuaikan diri, kongsinya.



Beliau juga merupakan anak pertama dalam enam beradik untuk melalui laluan sekolah madrasah itu.



Cik Athirah kini terlibat dalam sebuah projek pemula atau 'start-up' anjuran Youth Corps, Program Pemimpin Youth Corps.



Sebagai ahli jawatankuasa eksekutif, beliau bertanggungjawab meningkatkan kompetensi para belia daripada keluarga berpendapatan rendah dalam projek selama sembilan bulan itu.



Ini termasuk menganjurkan inisiatif berbeza yang merangkumi pelbagai aspek untuk menarik minat para belia sambil melengkapkan keperluan mereka untuk mempunyai sumber yang mencukupi.



Ditanya mengapa beliau tertarik untuk terlibat dalam kerja kemasyarakatan, Cik Athirah berkata sebagai generasi seterusnya, beliau rasa bertanggungjawab untuk berbakti semampunya.



"Untuk menginginkan perubahan, kita juga haruslah memainkan peranan kerana perubahan tidak akan datang bergolek. Mengetahui bahawa individu yang kekurangan sumber daya dan peluang bersaing dalam masyarakat wujud, ia menjadi pembakar semangat untuk melakukan seberapa boleh saya," tambah beliau.



Cik Athirah, yang telah memohon untuk mengikuti kursus Fikrah Islam dan Asasnya (Syariah) selama empat tahun di Universiti Jordan, berazam untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi.



Beliau berharap untuk menceburi sektor kemasyarakatan sebagai seorang pakar psikologi kelak.



"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Pepatah itu adalah salah satu pegangan hidup saya.



"Anugerah ini adalah pemangkin untuk saya meneruskan usaha dan cita-cita saya," tambah beliau.



Tahun ini, Cik Athirah turut diiktiraf bagi Anugerah Pelajar Terbaik Ma'arif, Anugerah Pemimpin Masyarakat Belia Ma'arif dan Anugerah Ketua Pelajar Cemerlang Kepimpinan Generasi Seterusnya Goh Chok Tong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >