Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daftar Darjah 1: 26 sekolah popular jalankan undi fasa 2B

Bilangan sekolah tahun ini lebih banyak berbanding tahun lalu pada fasa tersebut
Jul 31, 2021 | 05:30 AM



KANAK-KANAK yang mendaftar ke 26 sekolah popular harus melalui undian dalam fasa keempat pendaftaran Darjah Satu tahun ini.



Tiga sekolah paling popular ialah Sekolah Tao Nan, yang menawarkan 20 tempat bagi 57 pemohon; Sekolah Rendah St Hilda's, yang mempunyai 21 tempat bagi 51 pemohon; dan Sekolah Rendah Holy Innocents' yang memperuntuk 21 tempat bagi 47 pemohon.



Sekolah-sekolah popular lain termasuk Sekolah Ai Tong, Sekolah Kong Hwa, Sekolah Rendah Nanyang dan Sekolah Rosyth.



Bilangan sekolah ini lebih banyak daripada tahun lalu, apabila 22 sekolah perlu mengadakan undian bagi Fasa 2B.



Kementerian Pendidikan (MOE) kelmarin, melalui laman webnya berkata 16 daripada sekolah ini akan mengadakan undian bagi kanak-kanak warga Singapura yang tinggal 1 kilometer dari sekolah.



Bagi tiga sekolah lagi, undian akan diadakan bagi kanak-kanak yang tinggal antara 1 kilometer dengan 2 kilometer dari sekolah.



Lagi tujuh sekolah rendah akan mengadakan undian bagi kanak-kanak yang tinggal lebih 2 kilometer dari sekolah.



Hasil undian ini akan dikeluarkan pada 2 Ogos.



Fasa 2B adalah bagi anak-anak ibu bapa yang menjadi sukarelawan di sekolah itu atau disokong oleh gereja atau kumpulan suku kaum yang menjadi kerabat sekolah.



Anak-anak ibu bapa diiktiraf sebagai pemimpin masyarakat aktif juga layak mendaftar melalui fasa ini.



Bagi melayakkan diri untuk Fasa 2B, ibu bapa yang menjadi sukarelawan harus berbuat demikian selewat-lewatnya 1 Julai tahun lalu dan berkhidmat sekurang-kurangnya 40 jam sehingga 30 Jun lalu.



Dalam laman webnya, MOE berkata Sekolah Rendah Henry Park, yang menawarkan 25 tempat dan menerima 26 pendaftaran bagi Fasa 2B, tidak akan mengadakan undian kerana sekolah itu hanya memperuntuk tempat bagi kanak-kanak warga Singapura.



Sekolah Rendah Fairfield Methodist juga tidak akan mengadakan undian meskipun ia menerima 41 pemohon bagi 23 tempat yang ditawarkan kerana sekolah itu hanya mempunyai tempat bagi warga Singapura yang tinggal 1 kilometer dari sekolah.



Pendaftaran bagi Fasa 2C bermula 9 pagi pada 3 Ogos dan ditutup 4.30 petang pada 5 Ogos.



Sejak 2014, Fasa 2B dan Fasa 2C masing-masing memperuntuk 20 tempat di setiap sekolah, apabila MOE mengetepikan lebih banyak tempat bagi murid yang tidak mempunyai hubungan kerabat dengan sekolah-sekolah itu.



Tahun lalu, antara sekolah-sekolah yang paling popular adalah Sekolah Rendah Fairfield Methodist yang menerima 51 permohonan bagi 25 tempat; Sekolah Rendah Holy Innocents' yang menerima 58 permohonan bagi 41 tempat dan Sekolah Rendah Nanyang yang menerima 48 permohonan bagi 21 tempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >