Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dahulu terima biasiswa PSC, kini curah bakti di RC

Jul 21, 2018 | 05:30 AM



JIKA dahulu Cik Yayah Ambuhang Annatrista pernah meraih manfaat daripada biasiswa pemerintah, kini beliau menyumbang kembali sebagai sukarelawan di estet kejiranannya.



Itulah dorongan paling kuat untuk menabur bakti bagi Cik Yayah, yang menerima Biasiswa Merit Setempat (Mengajar) di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) lebih 20 tahun lalu.



Cik Yayah, 42 tahun, terlibat dalam Jawatankuasa Penduduk (RC) Zon C MacPherson sejak beliau berpindah ke estet itu pada 2015 dan kini merupakan pengerusi jawatankuasa di sana.



"Dengan biasiswa itu, saya mendapat peluang menggenggam segulung ijazah dari universiti walaupun saya daripada keluarga berpendapatan rendah dahulu.



"Saya rasa tibalah masanya saya mencurahkan bakti kepada masyarakat sekeliling, dan menjadi contoh yang baik untuk anak bangsa kita," ujar Cik Yayah.



Ibu empat anak berusia antara dua dengan 20 tahun itu merupakan pemilik dan pengasas Pusat Tuisyen MYEC.



Beliau mula terlibat dalam RC apabila seorang sukarelawan akar umbi MacPherson menjelaskan bahawa mereka memerlukan tenaga sukarelawan Melayu kerana estet perumahan itu mempunyai ramai warga emas Melayu yang tinggal sendirian dan memerlukan bantuan.



"Rasa simpati bercampur terharu bila saya mendengar warga emas kita, ada yang tidak fasih berbahasa Inggeris, tidak kurang juga mereka yang hidup dalam sengsara," ujar Cik Yayah.



Kefasihan beliau dalam bahasa Mandarin membantu dalam tugasnya mendekati dan berkomunikasi dengan penduduk berbangsa Cina.



"Saya dibesarkan di kampung di Jalan Ulu Seletar.



"Dalam tahun 80-an, guru saya di sekolah tadika PAP di Nee Soon hanya mengajar Bahasa Inggeris melalui pertuturan Bahasa Mandarin.



"Jadi, saya terpaksa belajar Bahasa Mandarin selama dua tahun di tadika walaupun keluarga ibu saya orang Jawa dan ibu bapa saya hanya bertutur dalam bahasa Melayu dengan saya di rumah," ujar Cik Yayah, seorang bekas pelajar Sekolah Perempuan Raffles dan Maktab Rendah Nanyang.



Semasa di maktab rendah, beliau juga terlibat dalam kegiatan luar darjah bot naga, dan jurulatihnya sering bertutur dalam Bahasa Mandarin dan dialek.



Kerja sukarelawan Cik Yayah telah membolehkannya belajar berkomunikasi dan bekerjasama dengan penduduk berbilang bangsa, tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya.



"Dengan bergaul dengan mereka yang memerlukan, jiwa insan akan lebih terbuka kepada kerja yang bermanfaat tanpa mengharapkan pembalasan.



"Kebahagiaan dan rasa bersyukur bukan terletak pada harta kebendaan ataupun pangkat. Saya rasa gembira bila saya dapat membantu orang yang serba kekurangan," ujar Cik Yayah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >