Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dalami undang-undang seni di Britain dengan biasiswa NAC

Sep 21, 2021 | 05:30 AM



DIKELILINGI pelbagai muzium seni di kawasan pusat bandar ketika menuntut di Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Encik Mohamad Zaki Jumahri sering mengunjungi tempat-tempat itu setiap kali beliau berasa tertekan atau perlu berehat daripada belajar.



Walaupun terdedah kepada pelbagai karya seni itu, lulusan sarjana muda undang-undang itu tidak pernah menyangka bidang guaman seni akan menjadi kepakarannya.



Minggu lalu, Encik Zaki, 36 tahun, berlepas ke Britain untuk melanjutkan pelajarannya dalam sarjana undang-undang dalam bidang seni, perniagaan dan undang-undang di Universiti London Queen Mary selama setahun.



Beliau mendapat Biasiswa Majlis Seni Nasional (NAC) dan Lembaga Warisan Nasional (NHB).



Seramai 10 orang diberi biasiswa peringkat sarjana bagi membolehkan mereka mendalami bidang berkaitan seni dan beliau penerima pertama peringkat sarjana bagi bidang undang-undang.



Encik Zaki berkata dengan penerapan teknologi terkini seperti realiti maya (VR), kecerdasan buatan (AI) dan blockchain dengan token tidak mudah alih (NFT), terdapat lebih banyak isu yang sekarang menjadi keprihatin dalam masyarakat seni dan budaya.



"Apabila memikirkan tentang karya seni, ramai orang memikirkan tentang seni tradisional seperti lukisan atau seni arca.



"Mereka tidak memikirkan mengenai seni digital yang dapat dimanipulasi, yang akses dan jangkauannya sebenarnya lebih jauh daripada seni tradisional," kata beliau dalam satu temu ramah bersama Berita Harian sebelum berangkat ke Britain.



Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai penasihat undang-undang di Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan menerajui Unit Perundangan NHB sebagai penasihat undang-undang kanan.



Menjelaskan isu yang dihadapi seniman, beliau berkata ia termasuk karya mereka ditiru, pelanggaran hak cipta serta memasuki perjanjian tanpa kontrak bertulis.



Meskipun mempunyai pengalaman sedekad sebagai peguam seni, Encik Zaki berkata perjalanannya tidak mudah.



"Hampir 10 tahun lalu, jika anda pergi ke firma undang-undang besar, atau tanya seorang peguam kanan dulu, mereka akan menyatakan bahawa ia bukan bidang besar untuk diberi perhatian.



"Jadi, saya tidak dapat mempunyai seorang pembimbing berbanding bidang undang-undang lain.



"Saya terpaksa melakukannya sendirian dan belajar sepanjang perjalanan," ujarnya, yang akan menjalani bon bersama NAC selama dua tahun sekembalinya.



Mengulas mengenai biasiswa NAC itu, Encik Zaki berkata ia dapat mengurangkan beban kewangannya, di samping merupakan sokongan moral daripada NAC.



"Apabila saya kembali ke Singapura nanti, saya berharap dapat menjadi seorang pembimbing peguam muda atau pelajar undang-undang serta seniman mengenai bidang ini.



"Selain itu, saya berharap biasiswa ini dapat memberi motivasi dan semangat kepada anak-anak muda dalam masyarakat kita untuk terus memohon biasiswa jika mempunyai peluang," katanya.




"Apabila memikirkan tentang karya seni, ramai orang memikirkan tentang seni tradisional seperti lukisan atau seni arca. Mereka tidak memikirkan mengenai seni digital yang dapat dimanipulasi, yang akses dan jangkauannya sebenarnya lebih jauh daripada seni tradisional."
- Encik Mohamad Zaki Jumahri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >