Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dana $1 juta dilancar untuk bantu golongan muda yang hadapi masalah kesihatan mental

Jul 18, 2020 | 7:43 PM
(Dari kiri) Ketua Pegawai Kewangan Musim Mas Holdings Alvin Lim, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, Pengarah Eksekutif The Majurity Trust Martin Tan dan pengasas Akademi Perwatakan & Kepimpinan Delane Lim di majlis penyampaian cek.
(Dari kiri) Ketua Pegawai Kewangan Musim Mas Holdings Alvin Lim, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, Pengarah Eksekutif The Majurity Trust Martin Tan dan pengasas Akademi Perwatakan & Kepimpinan Delane Lim di majlis penyampaian cek. - ALPHONSUS CHERN

SEBUAH dana $1 juta telah dilancarkan pada Sabtu (18 Julai) untuk menyediakan geran kepada pertubuhan tidak mengambil untung (NPO) yang menawarkan sokongan kesihatan mental kepada orang muda. Dana yang diberi nama Musim Mas BlueStar* itu dilancarkan oleh pertubuhan dermawan setempat The Majurity Trust (TMT) dan syarikat minyak kelapa sawit berpangkalan di Singapura Musim Mas Holdings di Sidang Puncak Pemimpin Belia Global ke-12. Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, turut hadir di pelancaran itu bersama-sama 1,000 pemimpin belia yang menghadiri sidang puncak maya itu. Inisiatif tersebut akan melihat TMT memberi geran kepada NPO yang menyampaikan perkhidmatan dan program kesihatan mental inovatif kepada belia dan kanak-kanak yang bersekolah. Dana itu disediakan menerusi sumbangan wang tunai $1 juta oleh Musim Mas Holdings sebagai sebahagian daripada dana penjagaan berbilang juta dolarnya, Project Onward. HappYouth oleh Akademi Perwatakan & Kepimpinan, yang membantu orang muda memahami dan menangani tekanan dan kemurungan, adalah penerima pertama Dana Musim Mas BlueStar*.

Dalam ucapannya, Encik Lee berkata sebahagian dana itu akan menyokong penyelidikan, inisiatif kesedaran awam, dan program pendidikan serta campur tangan.

Sebahagian lain akan diketepikan untuk program yang dimulakan oleh rakan sebaya yang pemimpin muda boleh gunakan untuk membantu rakan seusia mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg