Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 2,000 pelajar dari Institut Pendidikan Tinggi (IHL) bakal raih manfaat dari dana itu

Dana ulang tahun ke-100 LKY dilancar

May 30, 2023 | 07:00 PM



SATU dana untuk memupuk pemimpin dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IHL) serta mempertingkat sokongan bagi pelajar tersebut yang datang daripada golongan susah dilancarkan pada Selasa.

Dana 100 Tahun Lee Kuan Yew (LKY) yang ditubuh sempena ulang tahun ke-100 mendiang Perdana Menteri Pengasas Singapura itu akan diguna bagi menyokong empat inisiatif berkaitan pendidikan bagi membangun serta mengiktiraf pemimpin muda, dan boleh digunakan untuk menyokong inisiatif pendidikan lain pada masa depan.

Ia disokong sumbangan derma daripada sektor swasta dan pihak individu dan sehingga kini menerima sumbangan sebanyak $82.3 juta daripada seramai 20 penderma merangkumi syarikat swasta, yayasan tempatan serta pihak bank.

Salah satu program yang akan disokong dana itu ialah Program Pemimpin Muda Singapura (SYLP) yang baru dilancar Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada Selasa.

Encik Wong, dalam ucapannya pada majlis pelancaran dana dan program di Politeknik Nanyang (NYP) itu, berkata pihaknya perlu mula menyediakan generasi pemimpin selanjutnya, yang merangkumi belia berusia 20 hingga 30-an tahun serta pelajar IHL.

“Dengan cara ini, kami akan dapat menyerahkan tanggungjawab kepimpinan ini kepada anda semua,” katanya kepada seramai 580 hadirin yang merangkumi pelajar Universiti Berautonomi, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan lima politeknik di sini.

Dana 100 Tahun LKY itu, yang diurus Dana Pendidikan Kementerian Pendidikan (MOE), dibangun menerusi inisiatif dari bawah oleh pemimpin perniagaan untuk menyokong dan melabur dalam pembangunan belia tempatan supaya menjadi pemimpin bertauliah yang dapat membentuk hala tuju masa depan Singapura.

Orang ramai boleh menyumbang kepada dana itu di bawah dana Pendidikan MOE menerusi laman giving.sg/web/education-fund/lkycf_2023.

Pemerintah akan memadankan sumbangan derma sedolar bagi setiap dolar yang didermakan sehingga $50 juta pertama terhadap dana itu, kata MOE dalam satu kenyataan.

Program SYLP yang disokong dana tersebut pula merupakan program kepimpinan terbesar bagi belia yang diterapkan dalam peringkat IHL dan ia akan menyokong sekitar 1,000 pemimpin pelajar daripada beraneka latar belakang setiap tahun.

Antara lain, mereka akan diberi peluang menyertai modul kepimpinan tertentu seperti program yang dianjur khusus oleh institut tertentu, seperti Forum Pemimpin Pelajar ITE, Forum Politeknik dan Forum Kementerian Kent Ridge anjuran Universiti Nasional Singapura (NUS).

Ia juga akan menyokong Kursus Pemimpin Majlis Belia Kebangsaan (NYC) serta sesi pendekatan bersama pemimpin industri dan wakil pemerintah.

“Dengan program ini, pelajar akan dapat pelajari lebih mengenai pemerintahan Singapura dan konteksnya, membina kapasiti sivik agar dapat memacukan perubahan positif dan membina rangkaian antara teman daripada institut lain,” kata MOE.

Selain SYLP, dana itu akan menawarkan sokongan tambahan bagi sehingga 1,000 pelajar ITE dan politeknik daripada latar belakang susah yang mempunyai potensi.

Ini termasuk membiaya perbelanjaan sekolah mereka serta program dan sokongan pembinaan pelajar seperti program penukaran luar negara, kata MOE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >