Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dapat nasihat naib kadi dalam layari alam rumah tangga

Oct 10, 2022 | 05:30 AM



SETAHUN selepas mendirikan rumah tangga, pasangan suami isteri Cik Sakina Shariff Marican, 35 tahun, dan Encik Ritzni Nashrin Kirsan, 43 tahun, tidak dapat mencapai persetujuan hendak tinggal di mana.



Sebelum mereka berkahwin, Cik Sakina tinggal dan bekerja di bahagian timur Singapura manakala Encik Ritzni tinggal dan bekerja di bahagian barat negara ini.



Ketika itu, kedua-dua mereka tidak mahu meninggalkan keselesaan hidup masing-masing.



Oleh itu, mereka memutuskan untuk menghubungi Ustaz Muhammad Farhan Nordin, naib kadi yang menikahkan mereka pada 25 Januari 2020 untuk meminta nasihat beliau.



Akhirnya, Cik Sakina berkata Ustaz Farhan membantu mereka melihat perspektif masing-masing yang berbeza dengan lebih jelas supaya mereka dapat mengatasi masalah yang dihadapi itu bersama.



"Kami memerlukan pihak neutral yang tidak berpihak kepada sesiapa kerana kalau saya bercakap dengan ibu saya, beliau akan berpihak kepada saya.



"Kalau kami bercakap dengan ibu (Encik Ritzni) pula, beliau akan berpihak kepadanya (suami).



"Oleh itu, orang terbaik yang boleh memberi kami nasihat ialah naib kadi kami kerana beliau pihak neutral yang kami perlukan dan kami tidak akan mendapat pandangan yang berat sebelah," ujar penolong pembedahan pergigian itu.



Bagi Encik Ritzni, mereka tidak menghubungi Ustaz Farhan sekadar kerana mereka merupakan sebahagian daripada program Bersamamu itu, yang menawarkan bimbingan oleh naib kadi kepada pasangan sebelum dan hingga dua tahun pernikahan.



Sebaliknya, mereka menghubungi naib kadi mereka itu kerana benar-benar memerlukan bantuannya.



"Oleh itu, walaupun selepas dua tahun, kami akan terus menghubunginya jika kami perlu," ujar pengurus projek itu.



Ditanya maklum balas mereka tentang program itu, Cik Sakina dan Encik Ritzni berkata mereka pastinya akan mengesyorkannya kepada pasangan lain.



Bahkan menurut Cik Sakina, kesedaran tentang program itu harus ditingkatkan.



"Orang ramai perlu tahu tentang program ini dan sedar bahawa adalah okey untuk berkongsi masalah dan mendapat nasihat bukan daripada keluarga sendiri.



"Bagi saya, naib kadi kami adalah orang terbaik untuk kami berkongsi masalah dengannya.



"Beliau menikahkan kami dan saya rasa selesa memberitahunya kerana saya rasa beliau dapat memberi pandangan tidak berat sebelah yang kami perlukan bagi masalah kami, " ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >