Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA - MENANGANI KRISIS & KEMELESETAN

Dari minat gayakan anak, kini niaga di gedung besar

Apr 17, 2021 | 05:30 AM



APA yang bermula sebagai satu minat menggayakan anak-anaknya dengan fesyen pakaian menjadi satu perniagaan yang menjana rezeki bagi Cik Suhana Ab pengasas dan pengarah kreatif jenama pakaian kanak-kanak, Maison Q.



Ditubuhkan pada akhir 2015, jenama itu telah berkembang sehingga dijual di gedung besar seperti Motherswork di Great World City dan Takashimaya.



Maison juga sudah menembusi pasaran Malaysia pada awal 2019 setelah bekerjasama dengan HappiKiddo, rangkaian kedai menjual barangan bayi serta kedai fesyen yang menjual pelbagai label, ShoesShoesShoeS, di Kuala Lumpur (KL).



"Selepas bekerja sebagai wartawan lebih 10 tahun dalam majalah Prestige, saya fikir ingin masa lebih fleksibel agar dapat luangkan masa bersama tiga orang anak saya dan membangunkan jenama saya sendiri.



"Lagipun, suami saya juga merupakan rakan kongsi di sebuah jenama pakaian di sini,'' kata ibu tiga orang anak berusia 10 bulan hingga lapan tahun.



Cik Suhana terjumpa konsep pakaian kanak-kanak 'reversible' atau yang boleh diterbalikkan.



"Saya suka akan idea itu dan saya mahu rekaannya dicetak dalam bentuk warna-warni, sesuai bagi kanak-kanak.



"Daripada situlah, Maison Q dilahirkan dan saya percaya pada rekaan asli dan bermutu,'' kata Cik Suhana, yang memulakan perniagaann dalam talian dan hanya mempunyai kedai fizikal selepas menyertai kedai 'pop-up' seperti Boutique Fairs dan Celebfest.



Pada akhir 2016, Maison Q akhirnya mendapat tempat di salah satu jenama kanak-kanak terkenal, Motherswork di Great World City.



Perbincangan selama sejam setengah akhirnya membuahkan hasil setelah pengasas Motherswork, Cik Sharon Wong akhirnya bersetuju bekerjasama dengan mereka.



Mereka turut menjual barangan di kedai cenderamata di tempat yang sering dihadiri pelancong seperti Taman Haiwan Singapura dan Taman Burong Jurong.



Sedang perniagaan rancak, wabak Covid-19 teruk menjejas perniagaannya.



"Peruncit yang menjual pakaian kami ditutup. Bagi beberapa bulan, pendapatan kami adalah sifar. Walaupun kami mempunyai perniagaan dalam talian, orang keberatan membeli-belah. Saya tidak bergaji dan harus mengurangkan pekerja. Ketika itu, saya juga hamil lapan bulan dengan anak ketiga. Ia adalah masa mencabar. Mujur, keadaan bertambah baik sekarang,'' kata Cik Suhana.



Selepas tempoh pemutus rantaian jangkitan, Maison Q dijemput bekerjasama dengan jenama susu formula antarabangsa, Friso dalam kempen 'Good Sleep, Good Poop' untuk mengeluarkan rekaan pakaian tidur dalam cetakan yang menarik sejajar dengan kempen itu.



"Kami masih cuba menakat dan sedang mengambil masa untuk melakarkan strategi dan cara lain mengembangkan jenama kami,'' tambah Cik Suhana, yang memperkenalkan cara lain termasuk mengeluarkan pelitup dan koleksi pakaian Hari Raya baru-baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >