Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dari penjara jadi peniaga kek

Jul 31, 2019 | 05:30 AM



APABILA Encik Muhammad Khairul Anwar Abdul Hadi dibebaskan dari penjara sekitar tiga tahun lalu, kehidupannya jauh berubah.



Dengan gaji hanya $1,000 untuk menanggung keluarga tiga beranak serta terpaksa hidup merempat kerana tiada rumah sendiri, bekas pegawai polis itu sedar hidupnya boleh melarat.



Bertekad membuka lembaran baru, Encik Muhammad Khairul, 34 tahun, berhenti kerja sebagai pekerja pengiriman dan membuka kedai kek dan pastri bersama isterinya, Cik Nazira Yunos.



Hasil kerja keras, pasangan itu berjaya bangkit daripada kesusahan dan kini memiliki perniagaan yang menguntungkan.



Kedai kek dan pastri mereka, Bakes by NY di East Village, dibuka dua tahun lalu, kini ia mencatat penjualan purata lebih $50,000 setahun.



Sebelum ini, bapa tiga anak itu, ditangkap atas kesalahan menyeludup rokok sekitar 2015.



Sebelumnya, beliau berhenti kerja sebagai seorang pegawai polis untuk melakukan kerja penyeludupan sepenuh masa.



Encik Muhammad Khairul antara 10 pemenang dipilih bagi peraduan di bawah #InspirasiSG - kempen kerjasama M³ merangkumi Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Peraduan itu mengundang pencalonan individu memberi inspirasi daripada orang ramai, dengan tujuan mencungkil kisah inspirasi dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam.



Mengimbas episod pahit itu, Encik Muhammad Khairul berkata:



"Bila saya keluar penjara, saya masih dalam program 'tagging' di mana lokasi saya dipantau pihak berkuasa menerusi alat pengesan. Pada masa sama, saya diberi kerja sebagai pekerja pengiriman dengan gaji hanya $1,000.



"Isteri saya, sebelum saya dipenjarakan, bekerja sebagai jururawat tetapi kemudian beliau hanya membuat kuih dan kek dari rumah demi menjaga anak saya, yang hanya dua tahun ketika itu.



"Kami tiga beranak juga tiada rumah, terpaksa tinggal bersama ibu bapa mentua dan sembilan lain di bawah satu bumbung.



"Pada saat itu, saya memang terdesak melakukan sesuatu kerana tidak boleh berterusan hidup seperti itu."



Didorong semangat membina hidup baru, pasangan itu memutuskan berniaga sepenuh masa.



Sebagai permulaan, mereka beroperasi daripada sebuah dapur pusat di Centropod dan kemudian membuka kedai di East Village, dengan bantuan pinjaman keluarga dan bank lebih $20,000.



Apabila ditanya apa yang membakar semangatnya untuk bangkit, Encik Muhammad Khairul berkata ada dua perkara yang membuatnya benar-benar kesal.



"Pertama apabila saya ditangkap polis, saya dibawa pulang ke rumah mentua dan emak saya kerana polis ingin pastikan tiada lagi bekalan rokok haram di rumah.



"Apabila melihat wajah emak dan ibu mentua saya amat sedih dengan keadaan saya digari kaki dan tangan, saya terlalu kesal dan tidak mahu mengulangi hal ini.



"Kedua, paling dikesali ialah kami terpaksa melepaskan flat BTO yang kami nantikan sejak 2012. Sebab saya dipenjara agak lama, kami terpaksa pulangkan flat itu. Ini memang menyedihkan kerana akibatnya, kami tiga beranak tidak ada rumah sendiri," kongsinya.



Mereka sekeluarga hanya berpindah ke flat sendiri pada tahun ini.



Sepanjang titik hitam itu, Encik Muhammad Khairul berterima kasih kepada isterinya yang menyokong dan setia bersamanya, sehingga selepas dibebaskan.



Nasihatnya kepada mereka dalam keadaan serupa, ialah agar tidak mengulangi kesalahan sama. "Masa seolah-olah berhenti apabila dalam penjara, tiada apa yang boleh dilakukan untuk perbaiki diri," tambah beliau.



LAPORAN LANJUT: Hidup serba kekurangan, bukan penghalang bantu orang lain




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >