Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daya usaha bantu pesakit demensia cari jalan keluar stesen MRT dilancar

Aug 18, 2022 | 06:22 AM



SATU inisiatif yang bertujuan tuk membantu penghidap demensia mencari jalan keluar di stesen MRT yang mereka sering kunjungi, 'Cari Jalan Anda (Find Your Way)', dilancarkan di stesen MRT semalam.



Daya usaha itu adalah yang pertama seumpamanya dalam nod pengangkutan awam tempatan yang menggunakan barang nostalgik untuk membahagikan pusat tukaran bas dan stesen MRT kepada zon berbeza.



Melancarkan daya usaha di MRT Chinatown semalam, imej barang harian zaman dahulu seperti tanglung, beg plastik, telefon putar, bakul buluh dan mangkuk tingkat ayan dapat dilihat pada pelekat-pelekat di sekitar laluan pejalan kaki secara strategik.



Mengunjungi stesen MRT itu semalam ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng.



Sebelumnya, daya usaha itu pernah dilancarkan di Pusat Tukaran Bas Toa Payoh yang membantu penghidap demensia berjalan-jalan di tempat itu dengan lebih mudah.



Menurut SBS Transit, daya usaha ini akan terus dilancarkan di empat stesen MRT lain Laluan Timur Laut dan Downtown. Ini termasuk Boon Keng, Kovan, Mattar dan Geylang Bahru.



Pada masa yang sama, daya usaha itu juga akan dilancarkan di pusat tukaran lain seperti Ang Mo Kio, Boon Lay dan Hougang.



Turut menghadiri pelancaran semalam ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SBS Transit, Encik Cheng Siak Kian, dan Ketua Eksekutif Dementia Singapore, Encik Jason Foo.



Menerima sambutan yang baik daripada daya usaha yang dilancarkan di Pusat Tukaran Toa Payoh pada Februari tahun ini, Encik Cheng berkata ramai yang mendapati pelekat yang terdapat di sekitar tempat itu amat berguna.



"Stesen MRT Chinatown terdiri daripada dua laluan berbeza dan mempunyai pintu keluar yang lebih banyak berbanding stesen lain.



"Pintu keluar ini semua membawa penumpang ke bahagian berlainan di Chinatown dan sekiranya mereka menggunakan pintu keluar yang salah, mereka harus melakukan pusingan yang jauh," katanya.



"Untuk mengelakkan hal sedemikian berlaku, kami berharap dengan adanya pelekat di sekitar stesen ini, kita dapat membantu mereka dengan keperluan khas menggunakan pengangkutan awam dengan lebih mudah," tambahnya.



Kata Encik Foo, daya usaha ini bukan hanya membantu penghidap demensia menggunakan pengangkutan awam dengan lebih mudah malah meningkatkan kesedaran tentang demensia kepada orang awam.



"Ramai yang menggunakan stesen ini akan perhatikan bahawa terdapat pelekat-pelekat ini dan mula bertanya apakah maknanya.



"Dengan adanya poster yang ditampal di sekitar stesen MRT, kami juga berharap kita dapat meningkatkan sifat ingin tahu dan kesedaran tentang demensia dalam kalangan orang ramai," jelas Encik Foo.



Menurut SBS Transit, mural-mural yang disediakan itu adalah hasil kerjasama dengan penghidap demensia.



Antara mereka yang menjadi sebahagian daripada projek itu ialah Encik Rosli Anjang Al Faqir.



Ketika ditemui Berita Harian semalam, beliau, yang juga pengasas The Chapal Malay Dementia Community, berkata:



"Di tempat yang ramai dan sesak, kami penghidap demensia kadangkala tidak dapat memberi tumpuan pada papan tanda yang terdapat di sekitar stesen MRT.



"Dengan adanya pelekat-pelekat yang besar dan berwarna terang, ia membolehkan kami mengenal pasti pintu keluar yang kami ingin gunakan dengan lebih mudah," katanya, yang lebih dikenali sebagai Anjang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >