Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daya usaha KidSTART bantu ibu bapa pupuk tabiat membaca dalam diri anak

Oct 16, 2022 | 05:30 AM



KETIKA membesar, Cik Junaida Jasuni, tidak biasa membaca buku.



Oleh itu, apabila menjadi seorang ibu pula, beliau menceritakan perasaan keliru tentang bagaimana untuk menerapkan tabiat membaca yang baik dengan anak lelaki kecilnya yang sangat aktif.



Ketika ditemui oleh Berita Harian, Cik Junaida, 34 tahun menjelaskan bahawa sukar baginya untuk menarik perhatian anaknya untuk membaca buku.



"Apabila saya mengajaknya untuk membaca buku, beliau akan duduk diam hanya seketika sahaja sebelum mula berlari dan bermain dengan permainan yang lain.



"Memandangkan anak saya ini aktif, saya menghadapi cabaran duduk bersamanya dan membaca untuk jangka masa yang panjang.



"Saya pun tidak pasti bagaimana untuk membantunya," jelas beliau, yang merupakan seorang suri rumah.



Namun, dengan daya usaha KidSTART Stories yang baru dilancarkan, Cik Junaida kini lebih yakin dalam membimbing anaknya membaca dengan menggunakan strategi dan teknik baru untuk memupukkan tabiat membaca yang baik apabila dia membesar.



Dilancarkan oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, di Kelab Masyarakat Keat Hong semalam, ia bertujuan melengkapkan lebih 1,800 keluarga dengan sumber yang diperlukan untuk menyokong ibu bapa dalam perkembangan awal kanak-kanak mereka melalui bercerita dan membaca.



Turut menghadriri acara ini semalam adalah CEO KidSTART Singapura, Cik Rahayu Buang, dan Anggota Parlimen GRC Choa Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.



Menekankan kepentingan membaca, Cik Rahayu berkata:



"Kami ingin memperkasakan ibu bapa dan berikan mereka alat untuk melibatkan anak-anak mereka dalam aktiviti membaca.



"Ia bukan hanya untuk membaca serta merta, tetapi juga membiasakan diri dengan buku dan menggunakan imaginasi mereka dan mempunyai perbualan tentang cerita yang dibacakan," jelasnya.



Di bawah daya usaha ini, keluarga di bawah program KidSTART akan dihadiahkan perpustakaan yang kecil terdiri daripada rak buku dan juga satu set buku terpilih yang sesuai dengan umur anak-anak mereka, yang ditaja oleh Kumpulan SP dan Dana Masyarakat EtonHouse (ECF).



Pada masa yang sama, ibu bapa juga akan mempunyai akses kepada video-video yang dihasilkan oleh KidSTART Singapura untuk membimbing mereka tentang teknik bercerita dan bacaan perbualan kepada bayi dan kanak-kanak kecil.



Ini termasuk panduan seperti bagaimana mereka boleh menyuntik keseronokan dan pembelajaran dalam aktiviti melalui gambar, lagu dan menari.



"Bagi saya video-video ini sangat berguna kerana saya belajar cara yang berbeza untuk bercerita kepada anak saya," kata Cik Junaida.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >