Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Debat awam isu harmoni kaum 'tidak selesa' tapi berguna: PM Lee

Jul 22, 2021 | 05:30 AM



PERDEBATAN awam mengenai keharmonian kaum kadangkala 'tidak selesa' diadakan, tetapi ia berguna dalam mengutarakan isu mengenai topik itu, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Perbincangan sedemikian juga telah mengingatkan tentang peri penting keharmonian kaum kepada negara.



"Keharmonian kaum kita ialah sesuatu yang berterusan, dan berubah bagi setiap generasi," kata Encik Lee dalam satu catatan di Facebook untuk memperingati Hari Keharmonian Kaum semalam.



Beliau menarik perhatian bahawa isu keharmonian kaum telah menarik perhatian dalam setahun lalu, setelah beberapa kejadian perkauman menjadi tular, "menimbulkan reaksi dan muhasabah diri tentang diskriminasi yang dihadapi pelbagai kumpulan di Singapura".



Bagi Encik Lee, beliau berkata satu rujukan untuk dirinya sendiri ialah rusuhan kaum yang berlaku pada 21 Julai 1964.



Kejadian itu menunjukkan apa yang berlaku jika keharmonian kaum gagal didukung, dan kejadian itu juga membentuk pandangannya.



"Dengan setiap generasi, bagaimanapun, topik ini mengambil kira aspek dan kerumitan yang berbeza. Perbincangan kita juga semakin dipengaruhi apa yang berlaku di tempat lain, di masyarakat lain.



"Kita meraikan Hari Keharmonian Kaum setiap tahun bukan untuk mengisytihar Singapura telah 'menghuraikan' isu ini, tetapi untuk mengingatkan kita bahawa ini sesuatu yang perlu terus diusahakan dengan gigih.



"Lima puluh enam tahun setelah kemerdekaan, kaum kekal menjadi isu yang penting dan sensitif bagi kita," kata Encik Lee.



Presiden Halimah Yacob pula berkata Hari Keharmonian Kaum wajar disambut di sekolah agar kanak-kanak sedar warga Singapura hidup dalam masyarakat rencam, dan kerencaman itu satu kekuatan yang perlu diraikan.



"Dengan mendedahkan mereka kepada nilai sedemikian pada usia muda, kami berharap dapat membangunkan asas yang kukuh bagi rasa empati dan pemahaman terhadap pelbagai kaum dalam masyarakat sepanjang kehidupan mereka.



"Cabaran kita adalah untuk memastikan Hari Keharmonian Kaum tidak hanya menjadi satu lagi acara dalam kalendar sekolah untuk diraikan setiap tahun tetapi sedikit maknanya," kata Presiden Halimah dalam satu kiriman di Facebook.



Tambahnya, sekolah perlu memikirkan cara untuk memupuk ajaran nilai dalam kurikulum harian mereka, agar pelajar boleh menghayati makna kepelbagaian dan mempunyai perbincangan bermakna tentang kaum dan agama dalam sekitaran yang selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >