Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Debat Belanjawan: Proses jejak kontak kian cepat dengan 90% penduduk S'pura guna TraceTogether

Feb 26, 2021 | 07:59 PM



HAMPIR sembilan dalam 10 penduduk yang layak telah menyertai program jejak kontak digital pemerintah, walaupun timbul kritikan awam mengenai isu privasi dan kepercayaan bersangkutan dengannya.



Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak, Dr Vivian Balakrishnan, menjelaskan di sidang Parlimen pada Jumaat (26 Februari), seramai 4.7 juta penduduk memiliki aplikasi TraceTogether atau telah mendapatkan token TraceTogether.



Lantaran itu, ini membenarkan pihak berkuasa mengurangkan masa yang diperlukan dalam proses menjejak kontak.



Dengan kedua-dua program TraceTogether dan SafeEntry, pihak berkuasa kini mengambil masa sekitar 1½ hari atau kurang daripada itu bagi mengenal pasti dan mengenakan perintah kuarantin ke atas kontak rapat pesakit Covid-19. 



Kebiasaannya, Dr Balakrishnan menambah, secara purata empat hari diperlukan bagi menjejak kontak.



Maklumat terkini ini diberikan di tengah-tengah keprihatinan orang awam awal tahun ini apabila mendapat tahu mengenai data TraceTogether yang boleh digunakan bagi siasatan jenayah, walaupun pada awalnya jaminan diberi bahawa data itu hanya bagi keperluan menjejak kontak.



Keadaan itu menggesa pemerintah agar mengenalkan undang-undang tambahan bagi membataskan penggunaan data TraceTogether bagi menyiasat jenayah serius sahaja.



Mengulas isu ini, Dr Balakrishnan "amat menyesali" kesilapan yang berlaku berhubung dengan data TraceTogether ini.



Beliau menambah banyak huraian teknologi dikerahkan sewaktu krisis seperti TraceTogether dan SafeEntry yang dibangunkan jurutera dalam masa berminggu lamanya atau beberapa hari sahaja.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >