Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dekan Kolej NUS baru dilantik

Jan 04, 2022 | 10:30 PM



DEKAN undang-undang Universiti Nasional Singapura (NUS) Simon Chesterman akan menjadi dekan pertama Kolej NUS baru, hasil penggabungan antara Kolej Yale-NUS dengan Program Sarjana Universiti.



Profesor Chesterman dilantik sebagai bakal dekan kolej tersebut mulai 1 Januari tahun ini dan akan memegang jawatan itu pada 1 Julai akan datang, kata NUS dalam satu kenyataan hari ini.



Ini menyusuli pengumuman mengejutkan lewat Ogos lalu bahawa Kolej Yale-NUS akan digabungkan untuk membawa bersama elemen terbaik institusi seni liberal itu dengan Program Sarjana Universiti untuk menjadi “kolej baru”, yang kini dikenali sebagai Kolej NUS.



NUS berkata Profesor Chesterman akan terus berkhidmat sebagai dekan Fakulti Undang-undang sementara universiti itu mengadakan pencarian global bagi penggantinya.



Beliau juga akan dilantik sebagai naib provos bagi inovasi pendidikan di NUS, di mana beliau akan memberi tumpuan kepada meluaskan amalan terbaik dalam pendidikan – khususnya, yang dirintis di Kolej NUS – bagi seluruh NUS.



Seorang sarjana Rhodes, Profesor Chesterman menggenggam PhD dalam undang-undang antarabangsa dari Universiti Oxford pada 2000 dan telah mengajar di universiti di Melbourne, Oxford, Southampton dan Columbia, serta Sciences Po di Perancis.



Beliau merupakan anggota fakulti undang-undang NUS sejak 2007, dan berkhidmat sebagai dekannya sejak 2012.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >