Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KAJIAN MSF TERHADAP KESAN PERCERAIAN ANTARA GENERASI TERHADAP ANAK-ANAK

Derita anak-anak apabila ibu bapa bercerai

Kajian MSF dapati anak-anak dalam keluarga yang bercerai lebih berkemungkinan lalui perceraian dalam hidup mereka sendiri
Dec 09, 2020 | 05:30 AM



ANAK-ANAK dalam keluarga yang bercerai lebih kemungkinan melalui perceraian dalam kehidupan mereka sendiri, menurut dapatan satu kajian yang dijalankan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Kajian itu menunjukkan bahawa 21.7 peratus anak-anak dalam keluarga bercerai menyaksikan mahligai yang dibina bersama pasangan mereka runtuh pada usia 35 tahun berbanding 13.8 peratus anak-anak dalam keluarga yang tidak bercerai.



Mereka juga kurang kemungkinan mendirikan rumah tangga, dengan kajian itu mendapati hanya 73.6 peratus anak-anak dalam keluarga yang bercerai telah berkahwin pada usia 35 tahun.



Ini lebih rendah berbanding 75.9 peratus anak-anak dalam keluarga tidak bercerai yang mendirikan rumah tangga pada usia 35 tahun.



Kajian mengenai Kesan Perceraian Antara Generasi Terhadap Anak-Anak di Singapura oleh MSF itu telah meneliti hasil ekonomi dan perkahwinan sekitar 9,000 rakyat Singapura dengan ibu bapa yang telah bercerai apabila mereka mencapai usia 35 tahun.



Ia telah menggunakan data terkumpul yang diperolehi daripada pelbagai sumber rekod pentadbiran dan tinjauan.



Antara lain, kajian itu juga mendapati anak-anak yang ibu bapa mereka bercerai kurang kemungkinan memperolehi sarjana muda universiti, dengan hanya 27.8 peratus daripada mereka meraih ijazah itu berbanding 37 peratus anak-anak dalam keluarga yang tidak bercerai.



Pendapatan yang diraih anak-anak dalam keluarga yang bercerai juga kurang jika dibandingkan dengan anak-anak dalam keluarga yang tidak bercerai.



Kajian menunjukkan kedudukan persentil pendapatan purata golongan itu ialah 41.8 di bahagian bawah pengagihan pendapatan berbanding 46.7 bagi anak-anak dalam keluarga yang tidak bercerai.



Mereka juga mempunyai simpanan lebih rendah dalam Tabung Simpanan Pekerja (CPF), dengan kedudukan persentil simpanan CPF purata mereka ialah 40.7 di bahagian bawah pengagihan simpanan CPF.



Ini lebih rendah jika dibandingkan dengan kedudukan persentil simpanan CPF purata 47.5 bagi anak-anak dalam keluarga yang tidak bercerai.



Meskipun dapatan kajian itu menunjukkan anak-anak dalam keluarga yang bercerai mempunyai hasil ekonomi dan perkahwinan yang kurang baik secara purata, ia menekankan bahawa ramai daripada mereka tetap mencapai kelayakan pendidikan tinggi dan mempunyai perkahwinan stabil.



Misalnya, 28 daripada setiap 100 anak-anak dalam keluarga yang bercerai memperolehi sarjana muda universiti.



Seramai 78 daripada setiap 100 anak-anak dalam keluarga bercerai yang berkahwin juga terus kekal bersama pasangan mereka pada usia 35 tahun.



Menurut laporan kajian oleh MSF itu yang dikeluarkan semalam, dapatan tersebut menunjukkan bahawa perceraian mungkin menjejas anak-anak secara negatif, bahkan hingga dalam kehidupan dewasa mereka, dalam hasil pendidikan, kewangan dan hubungan.



"Untuk mengurangkan kesan perceraian terhadap anak-anak, campur tangan awal untuk membantu pasangan membina perkahwinan yang kukuh, dan campur tangan untuk membantu anak-anak menyesuaikan kehidupan selepas perceraian ibu bapa mereka adalah penting," kata MSF dalam laporan itu.




SEKILAS DAPATAN KAJIAN



Anak-anak dalam keluarga yang bercerai hadapi kesan perceraian jangka panjang dalam kehidupan dewasa mereka berbanding anak-anak dalam keluarga yang tidak bercerai.



a) Mereka kurang kemungkinan meraih ijazah sarjana muda universiti.



Hanya 27.8% anak-anak dalam keluarga bercerai memperolehi ijazah sarjana muda berbanding 37% anak-anak dalam keluarga yang tidak bercerai.



b) Pendapatan mereka kurang berbanding anak-anak dalam keluarga yang tidak bercerai.



Kedudukan persentil pendapatan purata mereka ialah 41.8 (di bahagian bawah pengagihan pendapatan) manakala bagi anak-anak dalam keluarga yang tidak bercerai, ia adalah 46.7.



c) Mereka mempunyai simpanan CPF lebih rendah.



Kedudukan persentil simpanan CPF purata mereka ialah 40.7 (di bahagian bawah pengagihan simpanan CPF) manakala bagi anak-anak dalam keluarga yang tidak bercerai, ia adalah 47.5.



d) Mereka kurang kemungkinan mendirikan rumah tangga.



Hanya 73.6% anak-anak dalam keluarga yang bercerai telah berkahwin pada usia 35 tahun, lebih rendah berbanding 75.9% anak-anak dalam keluarga yang tidak bercerai.



e) Mereka sendiri lebih kemungkinan melalui perceraian.



Sebanyak 21.7% anak-anak dalam keluarga yang bercerai melalui perceraian pada usia 35 tahun, lebih tinggi berbanding 13.8% anak-anak dalam keluarga yang tidak bercerai.



Namun, kajian juga mendapati bahawa ramai anak-anak dalam keluarga yang bercerai tetap mencapai kelayakan pendidikan tinggi dan mempunyai perkahwinan yang stabil. Misalnya, dalam setiap 100 anak-anak daripada keluarga yang bercerai, 28 memperolehi sarjana muda universiti. Bagi setiap 100 anak-anak daripada keluarga bercerai yang berkahwin, 78 terus kekal bersama pasangan mereka pada usia 35 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >