Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan GRC Marine Parade temui aktivis, ambil alih tugas Tan Chuan-Jin yang juga letak jawatan

Desmond Choo akan dilantik pengerusi baru Majlis Bandaran Tampines setelah Li Hui letak jawatan

Jul 17, 2023 | 11:25 PM



Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines, Encik Desmond Choo, akan dilantik sebagai pengerusi baru Majlis Bandaran Tampines, untuk menggantikan Cik Cheng Li Hui yang meletak jawatan.

Seorang lagi AP GRC Tampines, Encik Baey Yam Keng, akan dilantik sebagai naib pengerusi.

Langkah ini bagi memastikan operasi majlis bandaran itu terus berjalan dengan lancar tanpa gangguan, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga AP GRC Tampines.

Dalam satu pos di Facebook pada Isnin, Encik Masagos berkata beliau akan mengambil alih tugas menjaga penduduk kawasan Tampines East, yang sebelum ini di bawah jagaan Cik Cheng.

Encik Masagos akan disokong Encik Choo, Encik Baey dan seorang lagi AP GRC Tampines, Dr Koh Poh Koon.

“Li Hui telah berkhidmat kepada penduduk kami, dan kami menghargai usaha beliau menerajui Majlis Bandaran Tampines semasa bersama kami,” kata Encik Masagos.

Tambahnya: “Saya, dan rakan-rakan AP Tampines, berazam untuk memastikan penduduk Tampines akan sentiasa menerima sokongan dan penjagaan yang anda perlukan.”

Katanya lagi, penduduk GRC Tampines boleh berjumpa atau menulis kepada pasukan GRC Tampines itu jika mereka memerlukan bantuan.

Cik Cheng dan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, telah meletak jawatan di atas kelakuan peribadi mereka.

Mengumumkan peletakan jawatan mereka pada Isnin, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata peletakan jawatan mereka adalah perlu untuk mengekalkan standard tatasusila dan kelakuan peribadi yang tinggi yang telah dipertahankan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) selama ini.

Encik Tan juga AP GRC Marine Parade.

Rakan AP di kawasan itu, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, akan mengambil alih peranan Encik Tan menjaga kawasan undi Kembangan-Chai Chee di Marine Parade.

Menulis di Facebook pada Isnin, Encik Tong berkata keutamaan segera adalah untuk memastikan penduduk kawasan tersebut dijaga dan keperluan mereka dipenuhi.

Encik Tong akan mengambil alih sebagai penasihat akar umbi di kawasan itu. Seorang lagi AP GRC Marine Parade, Dr Tan See Leng, yang juga Menteri Tenaga Manusia, akan memberi tumpuan kepada keperluan bandaran dan prasarana Kembangan-Chai Chee.

“Petang tadi, saya dan See Leng bertemu dengan aktivis dan sukarelawan KCC (Kembangan Chai-Chee).

“Kami mengadakan perbincangan yang terus terang dan jujur. Dapat difahamkan, mereka berasa sedih dan terkejut dengan peristiwa ini, tetapi bertekad dan berazam untuk tidak membiarkan kerja dan hubungan baik mereka terjejas oleh insiden ini.

“Terdapat pasukan sukarelawan yang sangat baik di KCC yang sangat mengambil berat tentang kesejahteraan penduduk KCC. Mereka berdedikasi, fokus dan telah melakukannya dengan sangat baik.

“Saya memberi jaminan kepada mereka bahawa saya dan pasukan saya akan bekerja keras untuk menyokong mereka dengan sebaik mungkin,” kata Encik Tong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >