Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMALANGAN MAUT DI TANJONG PAGAR BERITA

Detik akhir nahas dirakam dalam video

Feb 18, 2021 | 05:30 AM



RAKAMAN klip video yang dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan bagaimana seorang wanita berlari menuju ke kereta yang sedang terbakar di Tanjong Pagar Road demi menyelamatkan tunangnya dan empat kawan lain yang terperangkap dalam kereta tersebut.



Dalam rakaman tersebut yang diperolehi The Straits Times, kereta putih BMW M4 coupe itu dilihat tergelincir selama dua saat sekitar 5.40 pagi pada Sabtu lalu, hari kedua perayaan Tahun Baru Cina.



Ia kemudian terbabas di luar kawalan sebelum merempuh rumah kedai tidak jauh dari situ.



Lampu isyarat kereta dapat dilihat berkedipan selama 15 saat sebelum kenderaan itu meletup dalam satu kebakaran.



Sekitar 20 saat kemudian, Cik Raybe Oh Siew Huey muncul dalam video itu.



Beliau dilihat berlari ke arah kenderaan terbakar itu dan memasuki dalam api itu.



Beliau kemudian muncul 10 saat kemudian dalam keadaan terbakar dan dilihat berlari menuju ke rumah kedai lain bertentangan jalan raya.



Rakaman kamera litar CCTV menunjukkan sebuah kereta putih berhenti di tepi jalan beberapa meter dari tempat kejadian.



Pemandu itu keluar dan kemudian kembali ke kereta terbakar itu sebelum memandu ke kiri menuju ke kedai rumah berdekatan.



Beliau dilihat sedang membantu Cik Oh memadamkan api pada pakaiannya.



Cik Oh, 26 tahun, seorang bekas pramugari, kini dalam keadaan kritikal di Hospital Besar Singapura (SGH).



Beliau dilaporkan mengalami kelecuran sehingga 80 peratus pada tubuhnya.



Kereta bomba tiba sekitar tujuh minit selepas kejadian itu.



Kereta itu dipandu tunang Cik Oh, Encik Jonathan Long, 29 tahun, seorang penasihat kewangan Aviva Financial.



Kesemua lima orang yang berada dalam kereta itu maut.



Empat yang lain ialah Encik Eugene Yap, 29 tahun; Encik Elvin Tan Yong Hao, 28 tahun; Encik Wilson Teo Qi Xiang, 26 tahun, juga merupakan penasihat kewangan Aviva, dan Encik Gary Wong Hong Chieh, 29 tahun, yang pernah bekerja di tempat yang sama.



Akhbar The Straits Times turut menyaksikan enam klip video berkaitan kejadian itu yang dirakam antara 5.24 pagi dengan 5.50 pagi.



Kereta BMW itu dilihat membuat tiga pusingan di laluan yang sama sebelum hilang kawalan dan terbabas pada pusingan keempat.



Kereta itu dikatakan dipandu lebih perlahan pada pusingan awal.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >