Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dewi@DPPMS anjur fiesta rai, tingkat kesejahteraan mental usahawan wanita

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



SAYAP wanita Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Dewi@DPPMS akan menganjurkan Dewi Fiesta 2022 untuk merai usaha usahawan wanita sambil meningkatkan kesedaran tentang kesejahteraan mental mereka.



Fiesta itu bertema 'Untuk Wanita, Oleh Wanita' dan bertujuan merai pencapaian usahawan wanita sepanjang pandemik Covid-19.



Ia akan diadakan hujung minggu ini di Curbside Crafters di Kampong Gelam, dan menyediakan reruai menjual pelbagai barang, jualan live-stream, ceramah dan macam-macam lagi.



Sebanyak 23 syarikat kecil dan sederhana (SME) dan perniagaan dari rumah (HBB) dalam sektor runcit, makan dan minuman (F&B) dan konsultasi akan mengambil bahagian dalam fiesta itu.



Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, dijangka menjadi tetamu undangan acara itu dan bakal beramah-tamah bersama usahawan wanita pada hari kedua fiesta tersebut.



Untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, DPPMS berkata barisan penceramah berpengalaman akan berkongsi pandangan tentang kesihatan mental di tempat kerja, dan cara usahawan, wanita khususnya, boleh memastikan kesejahteraan mental mereka terjaga, dalam menghadapi pelbagai tuntutan kehidupan.



Peserta juga berpeluang mendengar kisah-kisah usahawan dari rumah yang berjaya dalam perniagaan masing-masing.



Para usahawan wanita ini akan berkongsi perjalanan perniagaan mereka dan bertukar-tukar pendapat tentang cara mereka menjaga kesejahteraan mental mereka.



Sesi perkongsian sedemikian akan distrim secara langsung di wadah DPPMS dan Dewi@DPPMS.



Pengerusi Dewi@DPPMS, Cik Fadilah Majid, berkata misi mereka ialah memperkasa wanita menerusi perniagaan dan fiesta ini akan membantu ke arah itu.



"Dewi Fiesta merealisasikan misi ini dengan menggalak wanita menjaga kesejahteraan mental mereka sambil cekap melaksana peranan mereka yang lain, sebagai isteri, ibu dan pemilik perniagaan.



"Kami yakin fiesta ini akan memberi pengalaman segar dan unik untuk pemilik perniagaan sedang mereka menyambung aktiviti runcit fizikal mereka, sambil pada masa sama, memeriksa kesihatan mental mereka," kata Cik Fadilah.



Pengurus projek fiesta itu, Cik Siti Norafidah Mohd Mislan, yang juga usahawan HBB Queensbake, berkata:



"Kami yakin bahawa kami boleh memperkasa usahawan wanita semasa dan bercita-cita tinggi untuk cemerlang dalam matlamat mereka sambil menjaga kesejahteraan mental mereka melalui platform ini."




DEWI FIESTA 2022 - UNTUK WANITA, OLEH WANITA 



- Diadakan buat kali kedua, Dewi Fiesta berlangsung pada 26 dan 27 Mac, dari 12 tengah hari hingga 9 malam di Curbside Crafters (730 North Bridge Road).



- 23 syarikat kecil dan sederhana (SME) dan perniagaan dari rumah (HBB) sektor runcit, makan dan minuman (F&B) dan konsultasi akan mengambil bahagian.



- Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, menjadi tetamu terhormat pada 27 Mac dan akan beramah-tamah bersama usahawan wanita yang hadir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >