Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Diploma perantisan baru bagi yang berminat dalam kerjaya hotel

Hasil MOU Shatec, e2i NTUC dan 12 hotel
Sep 13, 2022 | 05:30 AM



PROGRAM Diploma Perantisan Hotel (HA-DiP) baru telah dilancarkan untuk melengkapkan pencari kerja dan individu yang ingin menukar kerjaya dalam bidang perhotelan dengan lebih cepat sambil memperoleh kemahiran dan pengetahuan industri yang berkelayakan.



Ini menyusuli sebuah majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pusat Latihan dan Pendidikan Persatuan Hotel Singapura (Shatec), Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan 12 rakan kongsi hotel.



Majlis tandatangan itu diadakan semalam di Simposium Hotel dan pameran kerjaya e2i dan Shatec di Institut Pekerjaan dan Daya Kerja Devan Nair di Jurong East semalam.



Pengarah eksekutif Persatuan Hotel Singapura hadir untuk menyaksikan MOU itu ditandatangani.



HA-DiP adalah sebahagian daripada usaha terkini industri pelancongan dalam menarik dan mengembangkan bakat tempatan.



Kerjasama antara institusi dengan rakan kongsi hotel ini akan menyediakan program dan latihan khusus menerusi bimbingan industri berstruktur dengan matlamat mengasah kemahiran lebih mendalam melalui pedagogi pembelajaran gunaan.



Pengambilan kelas pertama dengan 20 pelajar akan bermula bulan depan.



Kursus ini terbuka kepada warga Singapura, Penduduk Tetap (PR) Singapura, pemegang pas jangka panjang pekerja migran yang berusia 21 tahun ke atas, dan juga kepada sesiapa yang ingin menukar kerjaya.



Program diploma itu akan berlangsung selama 18 bulan dan pelajar akan menjalani latihan yang disesuaikan yang disokong oleh bimbingan industri dan untuk menyediakan pelatih dalam pekerjaan mereka.



Pada tiga bulan pertama program itu, pelatih akan menghadiri kelas sepenuh masa di Shatec.



Selepas itu, mereka akan menjalani perantisan di hotel, di mana mereka akan dilatih dua hari dan bekerja pada baki tiga hari.



Antara lain, mereka juga akan menerima elaun sebanyak $1,300 setiap bulan daripada hotel di mana mereka menjalani perantisan.



"Industri pelancongan kini menjadikan Singapura menarik kepada penduduk tempatan dan dunia, Shatec melihat tanda-tanda pemulihan yang kukuh dalam pelancongan.



"Dalam usaha menyumbang kepada bakat hospitaliti Singapura, Shatec komited untuk bekerja rapat dengan (e2i) dan industri perhotelan dalam memupuk graduan dan pemimpin hospitaliti bertaraf dunia melalui pengalaman pembelajaran yang diperkaya dan pedagogi pembelajaran yang diterapkan.



Demikian kata ketua pegawai eksekutif Shatec, Encik Lim Boon Kwee, semalam dalam ucapannya.



Bercakap kepada Berita Harian, CEO e2i NTUC, Cik Caryn Lim, berkata mereka bekerjasama dengan agensi, persatuan perdagangan dan penyedia latihan seperti Shatec untuk mengatur kursus latihan yang akan membina kemahiran tenaga kerja pada masa hadapan.



"Bagi membantu mengurangkan masalah tenaga kerja dalam industri perhotelan, e2i bekerjasama dengan majikan untuk keperluan latihan dan penempatan mereka. Pemadanan pekerjaan termasuk pameran kerjaya dan rujukan majikan dapat memanfaatkan tenaga kerja yang lebih luas," kata Cik Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >