Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kuman agresif merebak ke organ Encik Amjath Khan, membuatnya sesak nafas

Disangka gout, rupanya kuman pemakan daging hampir ragut nyawa

Sep 25, 2023 | 04:35 PM



Disangkanya mengalami penyakit gout di bahagian kakinya yang kelihatan bengkak, tetapi alangkah terperanjatnya Encik Amjath Khan, 42 tahun bila dapat tahu penyakit yang dialaminya ialah sejenis kuman pemakan daging atau nama saintifiknya necrotising fasciitis.


Pada Ogos, ayah kepada dua orang anak itu didapati dalam keadaan tidak dapat bernafas dan seluruh badannya bengkak dan situasi itu mendesak rakan sebiliknya untuk memberitahu pengarah tempat kerjanya, Encik Simon Kee. Encik Kee, menasihati mereka untuk menghubungi ambulans dan mendapatkan perhatian perubatan dengan segera.

Semasa dihubungi Encik Kee menerangkan:

“Encik Amjath telah bekerja dengan kami sejak umurnya 28 tahun dan akan pulang ke India untuk melawat keluarganya dua kali dalam setahun.

“Pada tahun ini, malangnya, setelah pulang daripada bercuti, beliau dijangkiti kuman melalui luka di kulitnya. Kuman ini cenderung untuk membiak dengan cepat dan boleh mengancam nyawa. Kami perasan bahagian kaki kanannya bengkak dan menggesanya untuk mendapatkan rawatan segera.”

Encik Amjath, seorang Pengurus Operasi di syarikat percetakan Colornet Printing Technology, berasa kesakitan yang aneh di kaki kanannya sejak lewat Ogos. Setelah konsultasi dengan doktor di klinik berdekatan tempat kerjanya, beliau diberi ubat untuk merawat Gout. Setelah ubat habis, dan tidak ada perubahan pada keadaannya, beliau mendapatkan pendapat kedua di sebuah klinik yang lain, namun masih tidak ada tanda-tanda yang membimbangkan.

“Setibanya di hospital, saya diberitahu saya telah dijangkiti kuman pemakan daging di bahagian kaki, dan virus itu telah merebak ke bahagian lain termasuk ke bahagian organ yang menyebabkan saya sesak nafas,” terang Encik Amjath sewaktu temu bual bersama wartawan pada pagi Isnin menerusi telefon. Beliau kini sedang melalui rawatan di Hospital Besar Changi (CGH).

Sejauh ini, sebahagian besar tisu dari kaki kanan yang dijangkiti beliau telah dikeluarkan untuk menghindar jangkitan daripada merebak. Kakinya kini memerlukan cantuman kulit serta pembedahan plastik sebagai rawatan lanjut.







Bil rawatannya sudah menjangkau hampir $100,000 dan ini melebihi pembayaran perlindungan yang dapat ditampung oleh syarikat Insurans iaitu hingga $15,000 saja. Persediaan untuk menghantarnya pulang ke India sedang berjalan untuk mendapatkan rawatan seterusnya di sana.

Menurut Cik Bella Kee, anak kepada Encik Simon Kee yang juga merupakan rakan sekerja Encik Amjath:

“Kami bersimpati dengan keadaannya, dan telah menguruskan agar isteri dan abang iparnya dapat datang ke Singapura untuk menemani Encik Amjath dalam masa ini untuk memberinya sokongan. Beliau seorang pekerja yang ceria dan rajin dan kami masih berusaha untuk membantunya semampu boleh.”

Walaupun dalam keadaannya yang kritikal, Encik Amjath tabah menghadapi dugaan.

Dengan nada pasrah beliau berkata:

“Pada mulanya, saya amat terkejut dengan berita ini. Saya seorang yang aktif, dan suka berjalan. Pada hujung minggu, lazimnya saya merayau sekitar Singapura kerana tidak suka duduk diam. Sedih rasanya bila sekarang saya tidak dapat berjalan lagi.”

Walaupun necrotising fasciitis adalah jangkitan yang berpotensi membawa maut, ia jarang dilaporkan di Singapura.


Encik Gary Haris, seorang pemimpin akar umbi yang aktif pertahankan hak pekerja migran di sini, sedang membantu mengumpul dana untuk Encik Amjath melalui akaun Facebooknya.

Kata Encik Gary:

“Dalam keadaannya sekarang, Encik Amjath tidak dapat bekerja dan perlu rawatan lanjut yang mungkin mengambil masa enam bulan hingga setahun. Sementara itu, beliau perlukan dana untuk membiayai tanggungannya, selain kos rawatan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >