Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMINAR RRG KE-16

Ditahan: Warga Bangladesh radikal

Nov 25, 2020 | 05:30 AM



SEORANG warga Bangladesh ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) awal bulan ini kerana terlibat dalam aktiviti berkaitan pengganasan.



Menurut siasatan awal Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), Ahmad Faysal, 26 tahun, menjadi radikal dan ingin bertindak ganas menggunakan senjata kerana ingin menunjukkan 'sokongannya' terhadap agama Islam.



Dia ditahan pada 2 November, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam.



Faysal telah meninggalkan Bangladesh untuk ke Singapura pada awal 2017 dan bekerja sebagai seorang pekerja binaan.



Dia menjadi radikal setahun selepas itu selepas terpengaruh dengan propaganda ISIS dalam talian.



Faysal kemudian memulakan beberapa akaun media sosial di bawah nama palsu untuk mengelakkan daripada dikenal pasti, dan telah berkongsi bahan-bahan yang menggalakkan tindakan ganas bersenjata.



Dia kemudian membeli beberapa pisau lipat dan kemudian mengaku kepada pihak berkuasa bahawa dia merancang untuk menggunakan pisau-pisau itu untuk melakukan serangan di Bangladesh sekembalinya di sana.



Menurut siasatan MHA, tiada sebarang tanda bahawa Faysal ingin melakukan sebarang serangan di Singapura.



Dalam ucapannya di seminar tahunan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) di Masjid Khadijah semalam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang Encik K. Shanmugam berkata Faysal ingin membawa pulang ke Bangladesh pisau-pisau yang dibelinya itu untuk menyerang pegawai polis yang beragama Hindu di sana.



Encik Shanmugam menambah Faysal juga kini disiasat Jabatan Ehwal Perniagaan kerana memberi sokongan kewangan kepada pengganas atau aktiviti pengganas.



Semasa bertemu pihak media di acara itu, Encik Shanmugam berkata: "Jika dia mendapati bahawa dia tidak boleh pulang ke Bangladesh serta merta, adakah dia akan memutuskan untuk melakukan serangan itu di Singapura satu hari nanti?



"Ini dapat diubah dengan mudah, dan propagandanya juga adalah untuk menggalakkan orang menyerang penganut agama lain. Ini juga mungkin boleh mempengaruhi orang lain. Perkara seperti ini tidak mempunyai sempadan."



Encik Shanmugam turut mendedahkan 15 warga Bangladesh lain dan seorang warga Malaysia telah dihantar pulang.



Ini menyusuli hasil siasatan ISD yang menunjukkan mereka mencetuskan sentimen anti-Perancis dan membuat komen yang bertujuan mencetuskan keganasan atau menyebabkan pergolakan dalam masyarakat.



Faysal tidak terkait dengan serangan yang berlaku di Perancis bulan lalu, di mana seorang guru dipancung di Paris dan tiga individu lain dibunuh di Nice.



Dia tertarik dengan matlamat kumpulan militan ISIS untuk mewujudkan negara Islam di Syria dan ingin ke sana untuk menyertai kumpulan itu menentang pemerintah Syria, tambah kenyataan MHA lagi.



Pada pertengahan tahun lalu, Faysal mengalihkan sokongannya kepada Hayat Tahrir Al-Sham (HTS), kumpulan militan berbeza.



"Dia mendermakan dana kepada pertubuhan yang berasas di Syria dan tahu bahawa dana tersebut akan memberikan manfaat kepada apa yang diperjuangkan HTS," tambah kenyataan itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >