DNA babi ditemui dalam produk makanan laut tidak halal bukan isu keselamatan makanan, kata SFA

PENGELUAR makanan di Singapura mungkin tidak jujur dengan label produk mereka, menurut pengkaji yang menjalankan ujian DNA pada makanan laut segar dan beku dari pasar raya. 

Pasukan saintis daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) itu juga mendapati bahawa antara produk makanan dengan label yang salah termasuk bebola sotong dan udang yang mengandungi kandungan DNA babi. 

Menurut laporan The Straits Times, produk tersebut didapati dari pasar raya berbeza di Singapura dan dijual oleh syarikat yang sama. 

Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata kandungan DNA babi dalam produk tidak halal itu mungkin disebabkan proses penghasilannya. 

“Contohnya, syarikat pengeluar makanan mungkin menghasilkan pelbagai produk, termasuk makanan laut dan produk babi. Untuk itu, kandungan DNA babi mungkin diperkenalkan dalam produk makanan laut. 

“Namun, ini bukan isu keselamatan makanan,” tambahnya. 

Agensi tersebut juga mengesahkan bahawa ia mendapati kandungan DNA babi dalam produk bebola ikan, dan menekankan bahawa kesemua produk tersebut tidak mempunyai sijil halal.

Galeri Foto