Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor keluarga saksi jumlah kes Covid-19 naik dua kali ganda di klinik

Feb 17, 2022 | 05:30 AM



BILANGAN pesakit Covid-19 yang dikesan di klinik doktor perubatan umum (GP) meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda sejak beberapa minggu ini dan ia akan mengambil masa sebelum jumlah itu berkurangan, kata GP yang dihubungi Berita Harian (BH).



Ini walaupun pusat ujian pantas kini dibuka kepada pesakit Covid-19 yang mempunyai gejala ringan untuk menjalani ujian pantas antigen (ART) yang diselia.



Selama empat minggu bermula semalam, orang ramai boleh menjalani ART yang diselia di Pusat Ujian Digabungkan (CTC) atau Pusat Ujian Pantas (QTC).



Langkah itu diambil Kementerian Kesihatan (MOH) untuk membantu mengurangkan tekanan di klinik GP dan poliklinik yang kini dibanjiri pesakit Covid-19 akibat gelombang Omicron.



Doktor keluarga di Banyan Clinic di Woodlands, Dr Elly Sabrina memberitahu BH semalam bahawa kliniknya menyaksikan kenaikan dua kali ganda jumlah pesakit Covid-19.



"Selepas Tahun Baru Cina, keadaannya amat teruk. Jumlah kes positif Covid-19 sekurang-kurangnya naik dua kali ganda.



"Ia amat teruk sehinggakan kami terpaksa menolak pesakit dan menjadualkan semula janji temu ujian mereka pada keesokan hari atau tarikh lanjut.



"Ia benar-benar meletakkan tekanan pada klinik kecil seperti kami," kata beliau.



Dr Fadzil Jaafar dari Mission Medical Clinic (Hougang) mengongsi statistik serupa.



"Kami biasanya melihat tiga hingga empat pesakit Covid-19 setiap hari. Tapi, sejak dua minggu lalu, kami melihat sekitar 12 pesakit setiap hari...



"Jumlah itu kekal sama hari ini." katanya.



Dengan pusat ujian pantas kini dibuka kepada pesakit Covid-19 yang bergejala ringan, kedua-dua doktor keluarga itu meletak harapan tinggi ia akan dapat meringankan beban kepada kakitangan di klinik mereka.



Ini meskipun mereka mengakui ia akan mengambil sedikit masa sebelum jumlah itu berkurangan.



"Kebanyakan pesakit masih memilih untuk mengunjungi doktor keluarga kegemaran mereka. Ia disebabkan kepercayaan kuat yang telah mereka bina selama bertahun-tahun," jelas Dr Fadzil.



Menurut Dr Elly, terdapat beberapa sebab mengapa pesakit Covid-19 dengan gejala ringan atau tanpa simptom tetap mengunjungi klinik GP.



Yang pertama, adalah kurangnya pemahaman orang ramai mengenai maksud sihat bagi pesakit Covid-19, kata beliau.



"Sihat bermakna anda tidak mengalami simptom, anda sudah divaksin sepenuhnya, anda tidak memerlukan ubat dan rasa sihat. Jadi, duduk sahaja di rumah. Itu adalah satu definisi bagi pesakit Covid-19 yang sihat," jelasnya.



Beliau menambah ada pesakit yang memerlukan sijil cuti sakit (MC) atau keputusan positif ujian ART mereka dirakam dalam rekod MOH untuk membuktikan kepada majikan mereka disahkan positif bagi virus dan tidak dapat bekerja.



Baru-baru ini, rakan kongsi tiga pihak - Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura - telah mengeluarkan nasihat bahawa pekerja tidak perlu mengemukakan MC apabila mereka disahkan positif, dan hanya memaklumkannya kepada majikan dan mula mengasingkan diri di rumah.



"Tidak semua majikan yang telah menetapkan peraturan ini. Ia akan mengambil masa sebab setiap kali ada perubahan (pada peraturan), anda harus memberi masa untuk perubahan itu dilaksanakan," kata Dr Elly.



"Sudah tiba masanya juga untuk kita membangunkan rasa percaya terhadap satu sama lain," tambahnya.



Buat masa ini, sebanyak 48 pusat ujian pantas dibuka bagi pengujian ART yang diselia, dan jumlah itu akan ditambah kepada 205 pusat menjelang hujung minggu ini.



Semasa lawatan BH ke beberapa klinik di pusat beli-belah Woodlands Mart di Blok 768, Woodlands Avenue 6 tengah hari semalam, kira-kira 15 orang dilihat menunggu giliran mereka untuk berjumpa doktor di luar tiga klinik yang terletak sederet - Banyan Clinic, Central Clinic dan My Family Clinic.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >