Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor keluarga serah rekod vaksinasi palsu hadapi dakwaan lebih serius

Jan 26, 2022 | 05:30 AM



DOKTOR keluarga, Jipson Quah, yang pada awalnya dikenakan tuduhan bersubahat untuk menipu dan menyerahkan rekod vaksinasi palsu kepada Kementerian Kesihatan (MOH), telah dikenakan dakwaan bagi kesalahan lebih serius iaitu membuat perwakilan palsu secara tidak jujur kepada kementerian.



Jika didapati bersalah atas tuduhan yang diubah itu, Quah, yang hadir di mahkamah menerusi video semalam, boleh dikenakan hukuman sehingga 20 tahun selain didenda.



Mereka yang didapati bersalah kerana menipu pula boleh dikenakan hukuman sehingga tiga tahun dan didenda.



Dalam dakwaan yang diubah itu, Quah, 33 tahun, dituduh bersubahat dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Mehrajunnisha dan penolong kliniknya, Thomas Chua Cheng Soon, 40 tahun, untuk melakukan kesalahan tersebut antara bulan lalu dan bulan ini.



Quah dikatakan telah membuat perwakilan palsu kepada MOH bahawa Mehrajunnisha telah menerima suntikan vaksin Sinopharm, meskipun dia tidak menerimanya.



Dia dikatakan melakukan kesalahan itu supaya Mehrajunnisha boleh mendapatkan sijil vaksin Covid-19.



Semalam, Timbalan Pendakwaraya, Encik Samuel Yap, memohon kepada mahkamah agar Quah terus ditahan, sambil menekankan terdapat rekod yang banyak yang perlu diperiksa.



Mahkamah meluluskan permohonan tersebut dan kes Quah akan didengar lagi pada 31 Januari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >