Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Dorongan di sebalik pilih kerjaya bersama SAF

Buka peluang tabur bakti semula kepada masyarakat dan negara; kecemerlangannya turut diiktiraf apabila dianugerah Bayonet Perak di akhir kursus spesialis artileri
Nov 19, 2021 | 05:30 AM



MEMBESAR dalam keluarga ibu tunggal, Sarjan Ketiga (3SG) Mohammed Iezaz Syazrulfazary Mohd Fazil memahami maksud melindungi orang yang tersayang.



Justeru, memilih laluan kerjaya bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) merupakan satu pilihan yang amat jelas.



Bidang kerjaya itu juga memberinya peluang untuk menabur bakti semula kepada masyarakat dan negara.



"Saya mempunyai semangat kekitaan yang sangat kuat. Jadi, dua bulan selepas saya mula menjalani latihan Perkhidmatan Negara (NS), saya merasakan bahawa, 'hei, saya sebenarnya boleh menyumbang kembali kepada masyarakat dengan melakukan apa yang saya lakukan sekarang'.



"Dari situ, saya mengambil keputusan untuk menyertai SAF sebagai spesialis artileri tetap," ujarnya yang kehilangan arwah bapanya pada 2013.



Keputusan itu turut dimudahkan lagi setelah mendapat restu dari ibunya - insan pertama yang akan didekati 3SG Iezaz, 19 tahun, untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan.



"Sebelum membuat keputusan ini, saya sebenarnya masih berbelah bagi sama ada untuk terus sign-on ataupun sambung pelajaran.



"Hari demi hari, ibu saya akan memberitahu saya bahawa keputusan ini terletak pada hidup saya dan untuk melakukan apa yang terbaik.



"Beliau juga akan menasihati saya agar tidak mudah menyesali pilihan yang telah dibuat," kata anak kedua dalam keluarga empat beradik itu.



Dengan kata-kata itu, serta semangatnya dalam mempertahankan negara, 3SG Iezaz kini sedang menunggu keputusan permohonannya untuk menjadi pakar tentera tetap.



Beliau merupakan antara 903 kadet yang berjaya menamatkan latihan Sekolah Kadet Pakar (SCS) baru-baru ini.



Kumpulan itu merangkumi anggota NS sepenuh masa daripada Angkatan Tentera Singapura, Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).



Kursus dan latihan yang dilalui 3SG Iezaz datang dengan cabarannya yang tersendiri, namun berkat sikap yang tidak kenal erti putus asa dan kesungguhan, beliau diiktiraf sebagai penerima anugerah Bayonet Perak.



Beliau merupakan antara kadet yang menerima bayonet tersebut di satu upacara perarakan tertutup berskala kecil yang diadakan di Kem Pasir Laba serta pelbagai Institut Latihan dari 12 November hingga semalam.



Ditanya mengenai perasaannya diberikan anugerah berprestij itu, spesialis artileri yang dilatih menggunakan senjata artileri, antaranya meriam Howitzer Ringan Singapura (SLWH), itu menekankan bahawa pencapaiannya ini "berkat usaha para komander dan teman-teman sekursus yang sama-sama mendorong satu sama lain untuk mencapai yang terbaik".



Semasa berucap di upacara itu menerusi satu mesej video yang dirakam, Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, berkata SAF sentiasa mempertingkatkan usaha mereka untuk membantu menyediakan sumber dan kepakaran dalam perjuangan menentang Covid-19.



Di samping itu beliau menekankan bahawa para graduan dilatih menjadi pemimpin SAF ketika dunia sedang dalam krisis, dengan pandemik ini mempunyai kesan berpanjangan ke atas persekitaran geopolitik dan keselamatan.



Beliau berkata: "Dari tempat saya berada di Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) , jelas kepada saya bahawa sokongan SAF telah memperkukuhkan usaha negara kita dalam memerangi Covid-19, dan telah membantu memastikan bahawa pengorbanan pekerja penjagaan kesihatan kita tidak sia-sia."




 "Saya mempunyai semangat kekitaan yang sangat kuat. Jadi, dua bulan selepas saya mula menjalani latihan Perkhidmatan Negara (NS), saya merasakan bahawa, 'hei, saya sebenarnya boleh menyumbang kembali kepada masyarakat dengan melakukan apa yang saya lakukan sekarang'. Dari situ, saya mengambil keputusan untuk menyertai SAF sebagai spesialis artileri tetap."
- 3SG Mohammed Iezaz Syazrulfazary Mohd Fazil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >