Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng undur diri sebagai ketua 4G, tidak akan ambil alih jawatan PM

Apr 09, 2021 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri (DPM) Heng Swee Keat telah memutuskan mahu mengundur diri sebagai pemimpin pasukan 4G Singapura, dan tidak akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri.



Langkah itu bagi memberi laluan kepada pemimpin lebih muda yang mempunyai masa lebih panjang untuk memimpin negara selepas Perdana Menteri Lee Hsien Loong bersara.



Encik Lee telah menerima keputusan tersebut tetapi meminta Encik Heng supaya meneruskan jawatannya sebagai DPM dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi.



Beliau juga mengekalkan jawatan setiausaha agung pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP).



Namun Encik Heng akan melepaskan jawatan Menteri Kewangan. Satu rombakan Kabinet akan diumumkan dalam masa dua minggu ini.



Keputusan itu diumumkan dalam sidang akhbar di Istana dan menerusi surat kepada Encik Lee semalam. DPM Heng telah menyebut usia dan keperluan masa serta tenaga yang banyak untuk menjalankan tugas sebagai PM antara faktor beliau membuat keputusan sukar untuk menarik diri.



Katanya pandemik berpanjangan menyebabkan beliau mempunyai masa yang pendek untuk menjalankan tugas tersebut.



Beliau berusia 60 tahun tahun ini tetapi apabila pandemik berjaya diatasi kelak beliau akan menjangkau usia pertengahan 60-an tahun.



Dalam membuat keputusan tersebut, Encik Heng telah menimbangkan usia tiga Perdana Menteri Singapura ketika mengambil jawatan itu – mereka mempunyai masa panjang untuk membangun Singapura.



Perdana Menteri pertama Singapura, Encik Lee Kuan Yew, menjadi PM pada usia 35 tahun, Encik Goh Chok Tong pada usia 49 tahun manakala PM Lee 52 tahun.



Menurutnya, walaupun beliau kini sihat namun jawatan sebagai Perdana Menteri memerlukan masa dan tenaga yang banyak, lebih-lebih lagi selepas pandemik Covid- 19.



"Meskipun kesihatan saya baik hari ini, demi kepentingan terbaik negara untuk mempunyai seseorang yang lebih muda bagi menangani cabaran besar yang mendatang.



"Selepas membuat pertimbangan teliti serta membincangkannya dengan keluarga, saya telah memutuskan untuk mengundurkan diri sebagai pemimpin pasukan 4G agar pemimpin lebih muda yang mempunyai landasan lebih panjang boleh mengambil alih.



"Ia adalah bagi pasukan 4G untuk memilih orang itu, dan saya bersedia menyokong pemimpin seterusnya," kata Encik Heng dalam suratnya kepada Encik Lee.



Dalam surat balasnya, PM Lee berkata beliau memahami dan menghormati keputusan Encik Heng.



Menurutnya DPM Heng telah menjalankan tugas cemerlang sebagai Menteri Kewangan lebih-lebih lagi dalam tempoh setahun lalu.



Tambah Encik Lee: "Saya mengucapkan terima kasih terhadap keputusan anda yang tidak mementingkan diri untuk mengundur diri.



Langkah anda ini sejajar dengan semangat khidmat awam dan sikap tanggungjawab yang telah menjadi motivasi untuk anda melangkah ke depan semasa saya meminta anda bertanding dalam pilihan raya pada 2011."



Pasukan 4G dalam kenyataannya berkata ia menghargai keputusan sukar Encik Heng itu tetapi akur beliau membuat keputusan demi kepentingan jangka panjang Singapura.



Menurutnya, pandemik Covid- 19 telah menjejas rancangan peralihan kepimpinan negara, justeru keutamaan sekarang ialah menangani cabaran itu dan memastikan Singapura muncul lebih kukuh selepas pandemik.



Oleh itu pasukan 4G akan memerlukan lebih masa untuk memilih pemimpin di kalangan mereka.



"Lantaran itu kami telah meminta PM Lee Hsien Loong untuk kekal sebagai Perdana Menteri sehingga masa sesuai apabila pengganti baru dipilih oleh pasukan dan bersedia untuk mengambil alih," kata kenyataan tersebut.




"Selepas membuat pertimbangan teliti serta membincangkannya dengan keluarga, saya telah memutuskan mahu mengundurkan diri sebagai pemimpin pasukan 4G agar pemimpin lebih muda yang mempunyai landasan lebih panjang boleh mengambil alih."
– Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



"Saya mengucapkan terima kasih terhadap keputusan anda yang tidak mementingkan diri untuk mengundur diri. Langkah anda ini sejajar dengan semangat khidmat awam..."
– Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengenai pengunduran Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.




SEKILAS



  • DPM Heng undur diri sebagai ketua 4G, beri laluan kepada pemimpin muda yang punyai masa lebih panjang memimpin negara selepas PM Lee bersara

  • Faktor usia, dan tenaga serta masa yang banyak diperlukan jalankan tugas PM antara sebab undur diri

  • PM Lee terima dan hormati keputusan DPM Heng

  • Encik Heng kekal sebagai DPM dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi tapi lepaskan jawatan Menteri Kewangan

  • Rombakan Kabinet dalam masa dua minggu

  • Pilih pemimpin 4G baru ambil masa lebih beberapa bulan tapi tidak lebih dua tahun

  • Encik Lee setuju kekal sebagai PM hingga pemimpin 4G baru dipilih dan sedia ambil alih


Laporan-laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >