Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki pimpin semakan bagi pastikan kemahiran lulusan ITE, politeknik sesuai dengan minat, pekerjaan

Dec 03, 2020 | 05:40 PM




MENTERI Kedua Pendidikan Dr Mohd Maliki Osman akan mengetuai semakan untuk melihat apa lagi yang dapat dilakukan oleh kementeriannya bagi memastikan lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan lima politeknik di sini bersedia untuk dunia pekerjaan.




Mengumumkan semakan itu pada Khamis (3 Dis), Menteri Pendidikan Lawrence Wong berkata adalah penting untuk memastikan lulusan "memperolehi kemahiran dan kecekapan mendalam yang sesuai dengan minat mereka, dan juga keperluan majikan dan industri".



Lebih banyak maklumat mengenai semakan ini akan dikongsi dalam masa akan datang.



Encik Wong bercakap tentang masa depan pendidikan di sesi pertama siri webinar yang dianjurkan oleh Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-115.



Encik Wong berkata laluan yang pelbagai untuk pelajar adalah kekuatan utama yang mesti terus didukung oleh Singapura.



"Di seluruh dunia, terlalu banyak negara telah beralih ke model pendidikan tinggi atau universiti yang terlalu akademik," katanya.



"Saya rasa di Singapura, kita beruntung dapat menghindari beberapa ketidakseimbangan ini, kerana kita telah memberikan banyak perhatian selama bertahun-tahun lalu terhadap latihan teknikal dan vokasional kita. Itulah sebabnya kita selalu berkata  ITE adalah permata dalam sistem pendidikan kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >