Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua anak zirafah terancam dari India kini di Zoo SG

Sep 30, 2021 | 7:09 PM
Kededua zirafah Rothschild dari Zoo Mysuru India itu adalah antara subspesies zirafah paling terancam - terdapat kurang 2,000 di dunia.
Kededua zirafah Rothschild dari Zoo Mysuru India itu adalah antara subspesies zirafah paling terancam - terdapat kurang 2,000 di dunia. - CHONG JUN LIANG

SELEPAS melayari laut selama tujuh hari dan perjalanan rentas negara selama 22 jam, dua anak zirafah spesies terancam dari India tiba di Zoo Singapura. Orang ramai boleh menyaksikan mereka mulai Khamis (30 September) di zon Afrika Liar. Kededua zirafah Rothschild dari Zoo Mysuru India itu adalah salah satu subspesies zirafah paling terancam - terdapat kurang 2,000 di dunia. Dinamakan Balaji (kanan) dan Adhil, kededua anak zirafah jantan itu berusia sekitar setahun dan tiba di Pelabuhan Jurong Mei lalu. Balaji bermakna kekuatan dan putera dalam bahasa Hindi sementara Adhil adalah gugusan bintang. Kuok Singapura Limited membiayai kos zirafah itu dan membawa mereka dari India ke Singapura, menurut Wildlife Reserves Singapura (WRS) Khamis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg