Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parc Meadow @ Tengah dan Plantation Verge punyai masa menunggu sekitar tiga setengah tahun

Dua projek BTO besar di Tengah dilancar

May 28, 2023 | 01:00 PM



DUA projek Bina Ikut Tempahan (BTO) yang tawarkan hampir 3,000 flat akan dilancarkan di Tengah pada Selasa, dengan salah satu daripada projek tersebut merupakan yang terbesar di sana sejauh ini.

Parc Meadow @ Tengah, projek yang lebih besar itu, terdiri daripada 1,980 unit dengan masa menunggu lebih sedikit daripada tiga tahun, iaitu tempoh paling singkat dalam kalangan flat yang akan dilancarkan.

Pembangunan itu terletak di Park District, di tengah-tengah sekitaran ibarat taman. Ia akan menempatkan antaranya kedai, tempat makan, pusat rangkaian penduduk serta pusat penjagaan kanak-kanak.

Satu lagi projek iaitu Plantation Verge, terdiri daripada kira-kira 970 unit, dan mempunyai masa menunggu lebih tiga setengah tahun.

Pembangunan itu terletak di Plantation District, di mana daerah tersebut dirancang menjadi tempat bagi pertanian masyarakat. Penduduk juga akan dapat mengakses pusat penjagaan kanak-kanak dalam projek itu dan kemudahan lain di pusat kejiranan serta Pusat Bandar Bukit Batok yang berdekatan.

Kedua-duanya menawarkan flat dua bilik flexi hingga lima bilik. Kira-kira sepertiga flat adalah lima bilik, menurut kenyataan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Flat yang akan ditawarkan di Tengah bagi pusingan jualan yang bermula pada Selasa adalah lebih separuh daripada kira-kira 5,500 flat yang akan ditawarkan bagi pelancaran tersebut.

Termasuk dua projek ini, lebih 21,000 flat merentas 20 projek BTO sudah ditawarkan di Tengah sejak pelancaran projek BTO pertama, Plantation Grove, pada November 2018.

HDB berkata ini merangkumi 70 peratus daripada kira-kira 30,000 flat HDB yang dirancang buat bandar Tengah.

“Walaupun terdapat penangguhan binaan akibat pandemik Covid-19, lebih 70 peratus projek Tengah yang kini di bawah binaan mempunyai masa menunggu empat tahun atau kurang. Ini termasuk kira-kira 6,200 flat Masa Menunggu Lebih Singkat (SWT) di mana masa menunggu sewaktu pelancaran adalah kurang daripada tiga tahun,” kata HDB.

Semua penduduk Tengah akan menikmati kemudahan yang telah dirancang seperti taman, Pusat Bandar bebas kereta, Pusat Kejiranan, Kelab Masyarakat serta pusat pertukaran bas dan stesen MRT Laluan Rantau Jurong yang terletak di Tengah Boulevard.

Selain sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi di daerah bandar Tengah, sekolah-sekolah baru juga akan dibina dalam bandar tersebut.

Ini termasuk Sekolah Anglo Chinese (Rendah), yang akan terletak dalam jarak 1 kilometer daripada Parc Meadow @ Tengah apabila ia bertukar lokasi ke bandar tersebut pada 2030.

HDB memberi jaminan bahawa ia komited memastikan bahawa perumahan awam kekal dimampui dan mudah diakses, membolehkan warga Singapura mencapai impian mereka untuk miliki rumah pertama mereka.

Flat baru yang dilancarkan di Tengah merupakan sebahagian daripada “usaha lebih luas” HDB untuk mempertingkat program pembinaan mereka agar memenuhi keperluan perumahan warga Singapura.

HDB berkata ia sedang mengikuti jadual untuk menawarkan sehingga 23,000 flat baru pada 2023, dan bersedia melancarkan 100,000 flat baru dari 2021 hingga 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >