Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua sekolah pendidikan khas satu kampus akan dibina di Ang Mo Kio

Nov 06, 2020 | 05:30 AM



DUA sekolah pendidikan khas bagi pelajar kurang upaya intelektual tahap sederhana (MID) akan mempunyai kampus bersama, dan dibangunkan semula untuk menampung lebih ramai pelajar.



Sekolah Chaoyang dan Sekolah Tanglin, yang kedua-duanya dikendalikan oleh Persatuan Golongan Keperluan Khas (APSN) juga akan mempunyai lebih banyak kemudahan untuk memenuhi keperluan pelajar daripada seluruh spektrum autisme.



Sekolah-sekolah pendidikan khas (Sped) itu akan terletak di bekas Sekolah Rendah Da Qiao di Ang Mo Kio pada 2025.



Sekolah Chaoyang kini terletak di Ang Mo Kio juga dan Sekolah Tanglin di Bukit Merah.



Di tapak baru itu Sekolah Chaoyang akan menyediakan 400 tempat untuk pelajar peringkat rendah manakala Sekolah Tanglin akan menyediakan 350 tempat untuk pelajar peringkat menengah. Masing-masing akan mempunyai 320 dan 260 pelajar.



Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, yang bercakap kepada wartawan sewaktu lawatan ke Sekolah Chaoyang semalam, berkata sekolah-sekolah itu berharap dapat menyediakan lebih banyak tempat bagi pelajar yang mengalami MID yang tinggal di daerah tengah dan timur laut Singapura.



Cik Sun berkata kedudukan kedua-dua sekolah itu di tapak yang sama akan lebih memudahkan keluarga para pelajar dan membuat mereka rasa lebih dekat dengan sekolah mereka.



Sekitar 95 peratus pelajar dari Sekolah Chaoyang biasanya berpindah ke Sekolah Tanglin.



Kampus bersama baru itu akan dibina khas, dengan ruang dan bilik darjah lebih besar untuk memenuhi keperluan pelajar, termasuk mereka yang mengalami gangguan spektrum autisme.



Contohnya, akan terdapat lebih banyak kemudahan bagi pendidikan fizikal, sukan dan permainan serta gelanggang permainan luar dan tertutup.



Sekolah Tanglin juga akan mempunyai lebih banyak ruang yang disediakan untuk kemudahan latihan kejuruan.



Ia kini mempunyai empat laluan - makanan dan minuman, operasi runcit, perkhidmatan perhotelan dan hortikultur.



Pengetuanya, Cik Liza Ow, berkata kampus baru itu mungkin dapat menempatkan pasar raya atau kedai runcit bagi pelajar untuk berlatih - satu kelebihan berbanding pasar mini yang beroperasi di sekolah itu ketika ini.



Dengan pembangunan semula itu, sekolah tersebut akan mempunyai ruang yang ditetapkan bagi subjek pendidikan kejuruan supaya pergerakan pelajar akan dikurangkan dan pembelajaran akan lebih kondusif.



Kini terdapat 19 sekolah Sped yang dibiayai pemerintah yang menyediakan sokongan yang disesuaikan bagi 6,600 pelajar berkeperluan khas sederhana hingga teruk seperti autisme dan berbilang kurang keupayaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >