Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua singa diberi ubat penenang setelah terlepas daripada kontena di Lapangan Terbang Changi

Dec 13, 2021 | 12:37 AM



DUA ekor singa dalam perjalanan ke satu kemudahan luar negara membuatkan rasa takut menyelinap di Lapangan Terbang Changi pada Ahad (12 Disember) apabila mereka terlepas daripada kontena di mana mereka dimuatkan, dengan seekor daripadanya dilaporkan berada atas kandangnya pada suatu ketika.



Keadaan mengerikan itu berterusan sehinggalah dua singa itu diberi ubat penenang menerusi tembakan pistol penenang. Mereka kini sedang pulih di bawah jagaan Mandai Wildlife Group.



Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang menangani penghantaran singa itu telah menghubungi pasukan jagaan veterinar dan karnivor bagi membantu menghurai masalah itu.



Tidak dapat dipastikan dari negara mana singa itu datang dan ke mana destinasinya. Akhbar The Straits Times difahamkan terdapat tujuh singa yang ingin dihantar menerusi pesawat. 



Apabila ditanya The Straits Times, SIA berkata singa itu dalam lingkungan jaringan keselamatan yang dipasang keliling kontena setiap masa.



Tiada gangguan pada operasi pesawat.



"Sedang perkara ini disiasat, keutamaan serta-merta adalah kesejahteraan singa itu sendiri. SIA bekerjasama dengan Mandai Wildlife Group, yang mengusahakan satu-satunya kemudahan hidupan liar di Singapura yang berkelengkapan untuk menjaga karnivor besar seperti ini," kata SIA.



Seorang jurucakap Mandai Wildlife Group berkata dua singa ini perlu ditenangkan agar mereka dapat dibawa ke kemudahan kuarantin haiwan di Mandai.



"Singa ini dipantau kini. Mereka akan kekal dalam jagaan kami buat masa ini dan kami terus berada dalam kontak rapat dengan SIA berkenaan perkara ini," katanya.



Ini bukanlah kali pertama seekor haiwan ditemui bebas daripada kandangnya.



Pada 2005, seekor jaguar bernama Angel terlepas daripada lubang kecil yang digunakan penjaga taman haiwan untuk melontar daging ke dalam kandang, membawa pada sekitar 500 pengunjung taman haiwan perlu beredar daripada taman haiwan itu.



Angel berjaya ditangkap setengah jam selepas itu.



Pada 2019 pula, seekor kerbau dari kebun Lim Chu Kang terlepas keluar daripada premisnya dan hilang entah ke mana selama lebih 14 jam lamanya sebelum ditemui.



Tahun lalu pula, seekor kuda putih ditemui berada di sebelah kereta di simpang trafik sekitar Eng Neo Avenue.



Kuda bernama Cocorita itu terlepas bebas daripada Paisano Polo Academy di Turf Club Road dan dibawa pulang ke kandangnya selepas 20 minit hilang.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >