Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dulu merempat, kini berjaya tulis buku

Aug 13, 2019 | 02:17 PM



BELIAU mungkin telah membuat beberapa keputusan yang kurang baik dalam hidupnya sebelum ini. 


Akibatnya, beliau telah hamil beberapa kali semasa  remaja dan merempat tinggal dalam khemah di Sembawang Park semasa hamil anak ketiganya. 


Untuk memberi peluang kepada orang lain untuk belajar dari pengalamannya, Cik Liyana Dhamirah, kini 32 tahun, telah menulis buku tentangnya berjudul Homeless: The Untold Story Of A Mother’s Struggle In Crazy Rich Singapore. 


Buku tersebut diterbit Epigram Books. 


Cik Liyana memberitahu akhbar The New Paper bahawa beliau berusia 16 tahun apabila beliau bertemu dengan seorang lelaki berusia 23 tahun melalui teman-teman. 


Katanya: “Pada masa itu saya bercampur dengan teman-teman yang kurang baik, banyak yang minum (arak) dan juga suka ‘party’.” 


Selepas tiga bulan berpasangan, beliau hamil pada 2003. Oleh kerana tidak ingin menggugurkan kandungan tersebut, mereka berkahwin September tahun itu. 


Anak pertamanya lahir pada 4 Disember 2003 dan beliau mula bekerja sebagai seorang pelayan di restoran selepas itu untuk menyara keluarga. 


Katanya: “Pada masa itu saya belum bersedia untuk menjadi seorang isteri.” 


Pasangan tersebut mempunyai seorang lagi anak yang lahir pada 2005 walaupun sudah menghadapi masalah rumahtangga pada masa itu. 


Pada 2009, mereka terpaksa keluar dari rumah ibu mertuanya dan menetap dengan beberapa keluarga lain di khemah tepi pantai sementara anak-anaknya tinggal bersama ibunya di Johor Baru. 


Selepas bertemu pekerja sosial, pasangan tersebut ditawarkan untuk tinggal di rumah tiga bilik yang dikongsi pada 2010. 


Empat tahun kemudian beliau bercerai. 


Kini, Cik Liyana merupakan pengasas khidmat pentadbiran sendiri, syarikat start-up Virtual Assistants Singapore. 


Beliau telah berkahwin dengan Encik Muhammad Faizal Sugi, 36 tahun dan kini menetap di rumah empat bilik di Woodlands bersama tiga anak-anaknya. 


Buku Cik Liyana boleh didapati di Huggs-Epigram Coffee Bookshop dan kedai buku utama lain pada harga $20.22. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >