Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dulu selongkar sampah, bekas pelajar Normal kini menuntut di Oxford

Jul 18, 2019 | 05:30 AM



ENCIK Zulhaqem Zulkifli, 27 tahun, dahulu biasa menghabiskan hari minggu bersama ayahnya menyelongkar sampah bagi mencari logam sekerap dan kadbod untuk dijual - kerja keras di bawah terik matahari.



"Orang ingat saya terlibat dalam CCA (aktiviti kokurikulum) sukan kerana kulit saya begitu gelap, saya memberitahu mereka, ya saya bersukan - di tempat buang sampah," kata siswa Falsafah Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu.



Kegiatan itu antara pelbagai pekerjaan yang dilakukannya untuk membantu bapanya dan tiga adiknya yang pada suatu ketika pernah kehilangan tempat berteduh, lapor akhbar The Straits Times.



Namun, Encik Zulhaqem berazam untuk menamatkan laluan pendidikannya, dan akhirnya muncul cemerlang.



Beliau memohon biasiswa dan dermasiswa untuk membiayai pengajiannya dan melakukan pekerjaan sambilan untuk menambah pendapatan keluarga.



September ini, Encik Zulhaqem akan mengikuti pengajian ijazah sarjana dalam Pengajian Buddha di Kolej St Peter's, Universiti Oxford, di bawah Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC).



Mengenai pengajiannya itu, beliau berkata mempunyai sikap ingin tahu. "Saya gemar memikirkan akar sesuatu perkara, bagaimana ia berlaku secara realiti.. itulah yang membuat saya tertarik kepada falsafah," ujarnya, yang telah menghasilkan tesis dalam falsafah Buddha.



Beliau merupakan antara 93 penerima biasiswa PSC baru yang menerima anugerah di Parkroyal Hotel di Beach Road, semalam.



Ternyata, Encik Zulhaqem, yang berasal daripada aliran Normal Akademik di Sekolah Gan Eng Seng, melalui perjalanan panjang dan berliku.



Selepas ibu bapanya bercerai dan menjual rumah mereka pada 2011, beliau dan adik-beradiknya terpaksa tidur di kolong blok berbulan-bulan.



Waktu itu, bapanya juga kehilangan pekerjaannya sebagai teknisyen.



Selepas perceraian itu, empat beradik itu tinggal bersama ibu, yang melakukan kerja pentadbiran di hospital.



Sekitar tiga tahun lalu, ibu mereka mengalami strok dan kemudian berpindah dari flat sewa mereka, meninggalkan Encik Zulhaqem dan adik beradiknya.



Mereka kemudian berpindah ke flat sewa dua bilik bersama ayah mereka, seorang pekerja pembersihan.



Walaupun hidup susah, Encik Zulhaqem berkata ayahnya selalu menasihatkan anak-anaknya untuk kerap membaca demi meraih ilmu.



Apabila beliau tidak bekerja sambilan sebagai pembantu kedai buku atau pekerjaan lain, beliau kerap ke perpustakaan yang dianggap rumah keduanya.



"Apabila anda tidak memiliki banyak dalam hidup, anda berpaling kepada buku. Melalui buku anda boleh meraih pengetahuan dan ia jadi satu 'saluran keluar'," kata Encik Zulhaqem. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >