Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Duta demensia diharap dapat tingkat kesedaran mengenai penyakit

Aug 13, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN Demensia Singapura telah melantik dua seleberiti setempat sebagai duta, sebahagian usaha persatuan itu untuk memperluas sokongan bagi orang yang mengalami demensia



Pelakon teater dan hos Cik Munah Bagharib dan Encik Tay Ping Hui, semalam diumumkan sebagai Duta Demensia Singapura pertama dalam sejarah pertubuhan itu.



Antara lain, dua duta ini akan membantu Demensia Singapura menambah kesedaran awam mengenai kejadian demensia di sini, selain menyertai perbincangan awam untuk menggalak lebih banyak sokongan bagi mereka yang mengalami demensia atau yang terjejas akibat penyakit ini.



Cabaran yang dilalui pesakit demensia juga dekat di hati Cik Munah, 33 tahun.



Ibunya didiagnos menghidapi demensia frontotemporal - yang disebabkan kehilangan sel saraf di bahagian depan otak- dan beliau kini menjadi penjaga bagi ibunya.



"Apa yang Demensia Singapura perjuangkan, adalah sesuatu yang saya yakini dan semua yang saya dan keluarga perlukan ketika kami menghadapi demensia bersama," kata Cik Munah yang juga merupakan seorang pempengaruh di media sosial.



"Ia adalah satu penghormatan bagi saya untuk menyertai perjuangan mereka kerana saya ingin membantu meningkatkan kesedaran tentang demensia, mengurangkan stigma, dan yang paling penting, dapat mendidik diri saya sendiri supaya kita dapat menyokong golongan yang menghidapi keadaan itu," tambah beliau yang juga seorang pelakon.



Bilangan individu lebih muda yang didiagnos mengalami demensia kini meningkat, mengikut kenyataan itu, dan ini membimbangkan, terutama dalam negara yang kian menua.



Pesakit demensia muda disifatkan sebagai mereka yang didiagnosis pada usia di bawah 65 tahun.



Mengulas mengenai kedua-dua duta baru itu, Ketua Eksekutif Demensia Singapura, Encik Jason Foo berkata:



"Kami sangat berbesar hati dan teruja untuk memulakan perjalanan duta bersama Ping Hui dan Munah.



"Dengan pengaruh mereka, kami berharap mereka dapat mencapai tujuan kami membina masyarakat inklusif bagi demensia, dengan misi meningkatkan kesejahteraan mereka yang terjejas oleh demensia melalui inovasi penjagaan, sokongan dan usaha memperkasakan mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >