Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ecda perkukuh garis panduan kurikulum prasekolah: Sun Xueling

Oct 17, 2023 | 08:13 PM



Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) telah memperkenalkan perubahan kepada kurikulum prasekolah dengan memberi tumpuan kepada apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan secara eksplisit semasa mengajar.

Perubahan penuh pada kurikulum itu dijangka siap menjelang akhir tahun dengan kurikulum yang dikemas kini akan dikongsi dengan penyedia latihan seperti Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak (NIEC) untuk kursus pembangunan profesional berterusan.

Semasa lawatan ke kampus NIEC pada Selasa, Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, menekankan bahawa Ecda mengiktiraf peri pentingnya latihan untuk guru prasekolah dalam mengendalikan situasi yang mencabar dan mengurus emosi mereka semasa berinteraksi dengan kanak-kanak ini.

Semasa lawatan itu, Cik Sun berpeluang berinteraksi dengan pelajar yang mengikuti Diploma Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, khususnya modul mengenai keselamatan kesihatan kanak-kanak dan kesejahteraan sosio-emosi mereka.

Pensyarah utama, Cik Nur Azlina Subari, mengendalikan demonstrasi meliputi penjagaan rutin dan interaksi dengan kanak-kanak, termasuk mandi, memberi makan dan menukar lampin bayi.

Demonstrasi itu menekankan pentingnya guru mewujudkan suasana yang selesa bagi kanak-kanak seperti menggunakan ekspresi muka yang ramah dan lembut serta berbual dengan bayi.

Selain itu, Cik Sun berpeluang menyertai kelas modul kesedaran diri bersama pelajar yang mengikuti sijil lanjutan dalam bidang tahun awal yang dikendalikan oleh Pensyarah Adjung, Cik Chua King Loo.

Cik Sun turut berbincang dengan pelajar tentang senario kes yang direka untuk meningkatkan pemahaman mereka mengenai refleksi dan pengawalan diri ketika mempertimbangkan tindak balas sesuai terhadap amalan tidak wajar.

“Ecda bersama-sama penyedia latihan seperti NIEC secara konsisten mengutamakan latihan untuk kedua-dua pendidik prasekolah yang sedang berkhidmat dan bakal berkhidmat.

“Oleh itu, kami meningkatkan garis panduan pengurusan bilik darjah untuk menjadi lebih jelas bagi pendidik-pendidik ini,” ujar beliau.

Sebagai contoh, hukuman fizikal, yang sebelumnya dilarang secara umum, kini dijelaskan secara lebih terperinci dalam garis panduan terbaru – larangan terhadap hukuman fizikal dalam apa jua bentuknya termasuk penggunaan tangan atau objek – telah dinyatakan dengan jelas.

Selain itu, guru kadangkala menempatkan kanak-kanak yang tidak berdisiplin di ‘sudut tenang’ iaitu satu ruang khas dalam bilik darjah yang bertujuan membantu kanak-kanak mengawal emosi.

Dalam garis panduan terbaru, jelas disebutkan bahawa walaupun berada di ‘sudut tenang’, guru perlu terus memantau kanak-kanak tersebut.

“Kami mahu meningkatkan keyakinan pendidik dalam memastikan keselamatan dalam bilik darjah. Walaupun budaya dan pengalaman peribadi boleh mempengaruhi cara pengajaran seorang pendidik, kami harus bersefahaman mengenai tindakan yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam pengurusan kanak-kanak dalam konteks hari ini,” tambah Cik Sun.

Cik Suraya Saidon, Ketua Program Pengurusan Fakulti, Pensyarah Kanan di Kampus NIEC City, dan Pensyarah Adjung Utama dalam Pengurusan di Ibu Pejabat NIEC berkata:

“Program latihan kami telah memainkan peranan penting dalam membentuk guru prasekolah berkemahiran tinggi.

“Kerjasama antara NIEC dengan Ecda ini telah memudahkan pertukaran idea dan maklum balas berterusan yang akan dipertimbangkan dengan teliti oleh Ecda untuk penambahbaikan pengajaran dan kurikulum.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >