Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Edwin: SG mampu dibuka semula kerana semua main peranan

Apr 16, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA mampu dibuka semula dengan penuh keyakinan penduduknya dapat menjaga keselamatan satu sama lain, mara dan menyambung semula kegiatan secara selamat, hanya kerana setiap orang memainkan peranannya.



Ini menyusuli tempoh sukar pandemik Covid-19 yang melanda dua tahun lalu dengan tempoh pemutus rantaian jangkitan penyakit berkuatkuasa pada 7 April 2020, seminggu sebelum sambutan pesta menuai masyarakat Sikh, Vesakhi, diraikan.



Menjelaskan demikian pada sambutan Vesakhi tahun ini di kuil Khalsa Dharmak Sabha di Niven Road semalam, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, yang juga Menteri Kedua Undang-Undang, berkata:



"Saya amat gembira meskipun terdapat beberapa langkah yang masih berkuatkuasa, pastinya terdapat langkah beransur-ansur untuk kembali seperti biasa.



"Pemerintah komited dalam memastikan kita berada dalam landasan ini.



"Apa yang penting adalah kita dapat memastikan setiap orang selamat, mengembalikan kegiatan masyarakat, ibadah dan sukan. Semua ini agak tidak ketara tetapi bermakna pada semangat dan jiwa masyarakat kita.



"Lebih segera kita membawanya kembali secara selamat, lebih kuat dan berdaya bingkas masyarakat kita kelak dalam sekitaran pasca Covid-19."



Encik Tong juga gembira penganut Sikh di kuil Khalsa Dharmak Sabha buat penyesuaian dan kekal terjalin dengan teknologi baru.



"Kita semua perlu buat penyesuaian pada cara kita hidup termasuk cara kita memperingati dan meraikan acara penting, sedang kita bergelut dengan realiti Covid-19.



"Terdapat pelbagai pendekatan pada langkah pengurusan selamat, justeru setiap kali kita mempunyai varian atau penularan wabak baru, kita perlu membuat penyesuaian bagi memastikan Singapura selamat.



"Kita mempunyai garis pandu tentang saiz kumpulan, bilangan kapasiti, sajian muzik 'live' dan nyanyian, bagaimana kita beribadah dan pengambilan makanan di tempat ibadah. Aspek ini memberi tamparan hebat buat masyarakat Sikh.



"Amalan yang dipanggil 'langar' (menjamu makan pengunjung kuil) di premis kuil ini yang penting buat masyarakat Sikh perlu dihentikan seketika. Setiap kali terdapat perubahan, masyarakat perlu menyesuaikan diri untuk mengambil kira garis pandu baru.



"Namun, saya amat gembira kerana masyarakat Sikh menyesuaikan diri dengan cara baru dan dengan penggunaan teknologi baru untuk memastikan penganutnya yang berhimpun di sini kekal terjalin.



"Saya berterima kasih kepada anda semua kerana memahami anda memainkan peranan dalam perjuangan negara menentang Covid-19," ujar Encik Tong.



Pesta Vesakhi semalam turut dihadiri Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Saat Abdul Rahman, yang juga Editor Berita Harian, sebagai tetamu khas.



Amalan 'langar' turut mewarnai pesta Vesakhi semalam.



Menurut Presiden Khalsa Dharmak Sabha, Encik Satwant Singh, sejak Covid-19 melanda, pihaknya tidak menutup pintu malah masih menyediakan tiga sajian sehari dalam kotak 'bento' dengan 1,000 set makan diagihkan setiap hari dan 2,000 set makan setiap Ahad.



"Dalam masyarakat seperti Singapura, kita wajar dan harus melayan semua orang sama rata. Bantulah rakan senegara anda bila-bila yang termampu. Jangan menilai orang kerana anda tidak mengenalinya dan keperluannya," jelas Encik Singh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >