Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA

Edwin Tong: Padang saksi peristiwa penting dalam sejarah S'pura

Aug 09, 2022 | 05:30 AM



Padang telah menjadi 'rumah' bagi ruang kegiatan sosial dan masyarakat dan telah menyaksikan pelbagai acara penting diadakan di sana.



Encik Tong berkata pelbagai orang dari pelbagai generasi telah berkumpul di tapak itu dan menyaksikan peristiwa penting dalam sejarah Singapura.



Ini termasuk perarakan kemenangan meraikan penyerahan rasmi Jepun di Singapura pada 12 September 1945; perhimpunan kemenangan Dewan Undangan pertama yang dipilih sepenuhnya pada 3 Jun 1959; pertabalan Encik Yusof Ishak sebagai Yang di-Pertuan Negara (ketua negara) kelahiran Malaya yang pertama dan pelancaran Lambang Negara pada 3 Disember 1959; serta Perbarisan Hari Kebangsaan sulung pada 9 Ogos 1966.



Semasa zaman penjajahan, sambutan seperti Tahun Baru Cina, Hari Lahir Di Raja, Maulud Nabi, dan Thaipusam disambut di sana di samping pertunjukan bunga api di Padang sambil menghiburkan semua anggota masyarakat.



"Ia (Padang) berdiri sebagai bukti perjalanan sejarah Singapura, di mana ujian, tribulasi dan kemajuan kita telah disaksikan oleh ruang terbuka ini, dan ia mengukuhkan identiti Singapura kita dan mencerminkan tempat kita di dunia," kata Encik Tong dalam ucapan beliau.



Warta monumen negara adalah bentuk pengiktirafan tertinggi bagi struktur atau kepentingan tapak.



Ia memberinya perlindungan undang-undang daripada perubahan yang boleh menjejas watak dan kepentingannya.



Selain kepentingan negara, monumen juga harus mempunyai kepentingan sejarah, budaya, tradisional, arkeologi, seni bina, kesenian atau simbolik.



Hari ini, Padang terus berfungsi sebagai ruang rekreasi dan peringatan utama untuk ahli semua masyarakat, sambil menganjurkan acara sukan utama seperti Kelab Kriket Singapura (SCC) Tujuh Ragbi Antarabangsa dan berfungsi sebagai lokasi permulaan dan pengakhiran Maraton Singapura.



Kelab Kriket Singapura (SCC) dan Kelab Rekreasi Singapura (SRC) terletak di kedua-dua hujung di Padang, dan merupakan pihak masyarakat berkepentingan yang terlibat dalam penyelenggaraan dan penggunaan tapak itu.



Encik Zoher Motiwalla, Presiden SCC, berkata warta itu telah lama tertangguh dalam mengiktirafkan kedudukan Padang sebagai tapak bagi banyak acara kebangsaan yang penting, dan kepentingannya sebagai salah satu akar sejarah dan warisan negara Singapura.



"Kami memandang serius peranan kami sebagai salah seorang penjaga bagi Monumen Negara terbaru ini dan akan terus membantu mengekalkannya sebagai tempat yang membawa masyarakat bersama untuk berinteraksi dan bermain melalui aktiviti sukan dan riadah".



Presiden SRC, Encik Chang Yeh Hong pula berkata:



"Selain mengekalkan tapak bersejarah ini, SRC meneruskan tradisi mempromosikan sukan untuk semua - setiap minggu Padang dipenuhi dengan aktiviti sukan, dari bola sepak hingga ke sofbol, manakala kejohanan bola sepak dan sofbol tempatan dan antarabangsa, serta klinik bola sepak remaja juga telah dianjurkan. Ini adalah tradisi yang kami bangga mempertahankannya".



Cik Jean Wee, Pengarah divisyen Pemuliharaan Tapak dan Monumen NHB berkongsi bahawa langkah untuk mewartakan Padang mencerminkan usaha berterusan NHB untuk meningkatkan pemeliharaan dan promosi tempat dan ruang yang mempunyai kepentingan nasional kepada Singapura.



"Bersama-sama dengan 74 Monumen Negara kita yang lain, ia akan menyumbang kepada kepelbagaian seni bina dan budaya warisan binaan negara kita, dan diraikan sebagai salah satu daripada banyak tempat yang mentakrifkan Singapura dan rakyat kita," kata Cik Jean.



Susulan warta itu, NHB juga akan meningkatkan kesedaran dan penghargaan lebih tinggi terhadap kepentingan Padang dalam sejarah Singapura melalui pelbagai inisiatif peringatan yang akan dilancarkan mulai Ogos ini, termasuk lawatan dan permainan interaktif untuk para pelajar dan orang ramai.



Antara monumen di Singapura yang baru diwartakan sebelum ini adalah Fort Siloso pada Februari 2022 dan tiga jambatan Sungai Singapura - Jambatan Cavenagh, Anderson dan Elgin - sebagai Monumen Negara pada 2019.




''Ia (Padang) berdiri sebagai bukti perjalanan sejarah Singapura, di mana ujian, tribulasi dan kemajuan kita telah disaksikan oleh ruang terbuka ini, dan ia mengukuhkan identiti Singapura kita dan mencerminkan tempat kita di dunia.''
- Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia & Menteri Kedua Undang-undang, Encik Edwin Tong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >