Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA PERSIDANGAN ANTARABANGSA MENGENAI MASYARAKAT BERSATU PADU (ICCS)

Edwin Tong: S'pura giat perkukuh keharmonian agama, satukan masyarakat

Sep 09, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA mungkin merupakan salah sebuah negara dengan penduduk yang paling berbilang agama di dunia, namun ia masih terus berusaha mengukuhkan keharmonian beragama, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong.



Di sebalik negaranya yang sekular, Singapura masih mencari jalan untuk menyatukan masyarakat berbilang agama untuk bekerjasama dalam segmen masyarakat lain bagi membina negara dengan rakyatnya yang bersatu, tambahnya lagi.



Menyatakan demikian di Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) di Pusat Konvensyen Raffles City semalam, Encik Tong berkata perbincangan yang berlangsung banyak menggunakan data yang meluas, termasuk Radar Perpaduan Sosial Asia Tenggara yang baru dilancarkan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS).



"Saya teruja kerana mendapat tahu bahawa daripada kebanyakan perbincangan yang berlangsung, banyak cabaran serupa yang dihadapi dalam usaha membina masyarakat yang kohesif.



"Meskipun kita berbeza dari bahagian lain di dunia ini dengan konteks masyarakat juga berbeza," tambahnya.



Secara keseluruhannya ICCS yang berlangsung selama tiga hari itu mengetengahkan lebih 50 penceramah dan 800 delegasi dari 40 negara, termasuk 120 belia.



Sekitar 300 peserta pula menyertainya secara maya.



Dalam ucapannya, Encik Tong turut menekankan bahawa semasa krisis dan masa tidak menentu berlaku, kepercayaan yang berbeza boleh meluaskan lagi jurang.



Justeru, dialog penting bagi Singapura menghasilkan pemahaman yang lebih baik serta saling hormat antara golongan masyarakat.



"Bila timbul masa sedemikian, kepercayaan masing-masing boleh membimbing menjadikan kita versi yang terbaik apabila mendekati mereka yang berbeza dari kita," katanya lagi.



Satu kajian serantau oleh RSIS mendapati bahawa 69 peratus responden yang ditinjau di Asia Tenggara percaya bahawa negara mereka padu dari segi sosial.



Menurut kajian itu juga, tahap kepercayaan dan penerimaan antara satu sama lain serta rangkaian sosial yang dibina orang ramai merupakan antara elemen yang dapat membantu memperkukuh perpaduan sosial.



ICCS tahun ini, yang bertemakan 'Identiti Yakin, Masyarakat Terhubung' (Confident Identities, Connected Communities) meneroka peranan identiti serta keyakinan masyarakat dalam membentuk hubungan dan perpaduan sosial.



Sementara ICCS pertama pada 2019 membincangkan tentang kepercayaan, identiti dan perpaduan, ICCS tahun ini turut menumpukan pada tiga tunggak yang sama itu namun dengan lensa yang berbeza, dengan pengajaran daripada pandemik Covid-19.



Dalam ucapannya semalam, Encik Tong turut memetik bagaimana teknologi boleh dimanfaatkan bagi menjalin hubungan yang saling mempercayai antara masyarakat.



"Sepanjang tiga tahun pandemik Covid-19 melanda, kita mengalami kuasa teknologi.



"Teknologi boleh menyatukan orang ramai yang berada jauh.



"Tapi teknologi juga boleh meluaskan jurang, terutamanya menerusi maklumat yang salah dan ucapan benci.



"Dengan saling percaya, kita boleh gunakan teknologi sebagai pengupaya positif bagi perubahan sosial," katanya.



Encik Tong juga menambah bahawa kepimpinan belia itu penting dalam membina sebuah masyarakat yang lebih baik berdasarkan keadilan, persaudaraan dan perpaduan.




"Saya teruja kerana mendapat tahu bahawa daripada kebanyakan perbincangan yang berlangsung, banyak cabaran serupa yang dihadapi dalam usaha membina masyarakat yang kohesif.



Meskipun kita berbeza dari bahagian lain di dunia ini dengan konteks masyarakat juga berbeza.



Bila timbul masa sedemikian, kepercayaan masing-masing boleh membimbing menjadikan kita versi yang terbaik apabila mendekati mereka yang berbeza dari kita."
- Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >