Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Emosi tercetus kenang, hargai usaha S'pura jadi lebih maju

Aug 11, 2022 | 05:30 AM



IBU dan bapa Encik Mohd Azuan Tan sentiasa menanamkan sifat bersyukur dalam dirinya terhadap negara di atas pelbagai peluang yang diberikan serta kemajuan dan keamanan yang dinikmati sebagai warga Singapura.



Oleh itu, bapa tiga orang anak berusia 41 tahun itu agak terkejut apabila reaksinya mengalirkan air mata ketika beliau menyanyikan lagu kebangsaan Majulah Singapura di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) telah dirakam kamera dan disiarkan secara langsung malam kelmarin.



Namun, Encik Mohd Azuan, seorang ketua tahun dan guru Pendidikan Fizikal (PE) di Sekolah Menengah Bedok View, berharap detik itu dapat menjadi pengajaran kepada pelajar di sekolahnya dan juga bagi anak-anaknya.



Dalam temu bual bersama Berita Harian, beliau melahirkan rasa terkejut apabila rakaman video menunjukkan beliau sedang berlinangan air mata itu disebarkan.



Malah, detik itu menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Menurut Encik Mohd Azuan, yang buat pertama kali menonton NDP secara langsung bersama keluarganya kelmarin, emosi itu telah tercetus dek menyaksikan persembahan NDP tahun ini.



Bertemakan 'Lebih Kukuh Bersama, Majulah!', ia menyeru warga Singapura agar terus maju ke depan ke arah masa depan lebih baik sebagai rakyat yang terus bersatu dengan hubungan yang semakin kukuh setelah mengharungi pandemik Covid-19.



"Ia adalah detik yang penuh emosi bagi saya, terutamanya apabila saya menghayati bagaimana kata-kata lagu kebangsaan benar-benar bergema dengan tema NDP tahun ini, serta berapa banyak yang telah dilalui Singapura sejak dua hingga tiga tahun lalu untuk menjadi lebih kukuh.



"Saya harap apabila pelajar pulang ke sekolah esok dan menyanyikan lagu kebangsaan mereka sebagaimana mereka lakukan setiap pagi, mereka akan cuba menghayati liriknya dan lebih menghargai Singapura dan usaha-usaha yang telah membuat Singapura lebih maju," ujar Encik Mohd Azuan, yang menyatakan beliau juga menggunakan detik itu untuk memupuk semangat Singapura dalam diri ketiga-tiga anaknya yang berusia antara empat dengan 10 tahun.



Beberapa pengguna media sosial memuji reaksi Encik Mohd Azuan, dengan ada yang bergurau mengatakan air matanya diakibatkan bunga api atau terpaksa kembali bekerja pada hari berikutnya.



Halaman 'meme' tempatan seperti Yeolo dan SGAG juga pantas menggunakan imej tersebut.



Encik Wong turut berkata dalam catatan Facebook beliau bahawa gambar itu telah menjadi salah satu imej ikonik NDP tahun ini.



"Ia sudah lebih dua tahun yang amat mencabar, dan bagi kebanyakan daripada kami, ia penuh dengan emosi.



"Melalui usaha menjaga satu sama lain, walaupun dalam saat-saat kita yang dalam kesukaran, kita menunjukkan perpaduan dan semangat Singapura!" ujar beliau.



Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha, menambaah bahawa Encik Mohd Azuan telah menjadi sukarelawan dalam masyarakat selama lima tahun.



"Beliau seorang sukarelawan yang bersemangat dan melambangkan komuniti yang bersatu.



"Sejak pandemik Covid-19, beliau sangat aktif mengagihkan makanan kepada keluarga yang memerlukan dan juga mengedarkan pelitup mulut dan pek penjagaan kepada keluarga yang dijangkiti Covid-19," ujar Encik Sharael.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >