Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Enam lagi stesen MRT Laluan Thomson-East Coast dibuka

Aug 28, 2021 | 01:21 PM



ENAM lagi stesen dalam Laluan Thomson-East Coast (TEL) dibuka kepada orang ramai pada pagi Sabtu (28 Ogos), menghubungkan orang ramai dari kawasan Upper Thomson Road ke Toa Payoh.



Enam stesen itu ialah Springleaf, Lentor, Mayflower, Bright Hill, Upper Thomson dan Caldecott, yang kesemuanya membentuk bahagian ‘TEL2’ dalam laluan itu.



Kereta api pertama di stesen MRT Caldecott berlepas pada 5.50 pagi.



Tiga stesen pertama laluan itu - Woodlands North, Woodlands dan Woodlands South - yang membentuk bahagian pertama laluan itu yang diberi nama ‘TEL1’, dibuka Januari tahun lalu.



Apabila dibuka sepenuhnya sekitar 2025, Laluan Thomson-East Coast sepanjang 43 kilometer itu akan menghubungi kawasan utara di Woodlands North hingga Sungei Bedok di timur, meliputi 32 stesen.



Stesen lain akan dibuka secara berperingkat dalam beberapa tahun akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >