Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Eng Hen hadiri sidang keselamatan antarabangsa di Moscow

Apr 28, 2016 | 01:47 PM



MOSCOW: Menteri Pertahanan Ng Eng Hen sedang berada di Moscow dari Selasa hingga Jumaat (26-29 April) bagi menghadiri Persidangan Moscow mengenai Keselamatan Antarabangsa kelima, di mana pemimpin pertahanan dan tentera peringkat tinggi dari seluruh dunia membincangkan isu-isu keselamatan.



Dr Ng turut mengadakan mesyuarat dua hala pertama beliau dengan Menteri Pertahanan Russia, Encik Sergei Shoigu, ujar Kementerian Pertahanan Singapura pada Rabu (26 Apr).



Dua menteri itu mengesahkan hubungan pertahanan mesra antara Singapura dan Russia, dan membincangkan strategi menangani ancaman pengganasan.



Pada sidang Moscow itu, Dr Ng berucap dalam sesi pleno mengenai hakikat keadaan negara di dunia global sekarang saling bergantung antara satu sama lain memerlukan kerjasama dan kolaborasi lebih besar antara tentera.



Bagi menangani cabaran keselamatan bersama dan yang bersifat rentas sempadan, Dr Ng menekankan "kita perlu meningkatkan dialog dan kerjasama praktikal".



Beliau berkata beberapa platform serantau - seperti Sidang Puncak Asia Timur, Forum Serantau Asean, dan Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean Plus - membolehkan negara Asia Pasifik dan lebih jauh "berkumpul untuk dialog dan kerjasama".



Pada Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean Plus minggu depan, Singapura, Brunei, Australia dan New Zealand akan menjadi tuan rumah bersama satu latihan berskala besar yang memberi tumpuan pada keselamatan maritim dan memerangi pengganasan, ujar Dr Ng.



Mesyuarat tersebut menghimpunkan 10 negara Asean dan pihak berkepentingan lain di Asia Pasifik, seperti Amerika Syarikat, Jepun, China, Russia dan Australia.



"Malah, Russia antara penyumbang terbesar kepada latihan itu dan akan menghantar sebuah kapal pemusnah, dua helikopter, dua kapal tambahan, dua pasukan angkatan khas dan kakitangan ibu pejabat.



"Melalui latihan ini, angkatan tentera kita yang berbeza mengetahui lebih lanjut tentang satu sama lain, membina percaya dan membina keupayaan baru yang kita perlukan untuk menangani ancaman terhadap kemakmuran bersama kita," kata Dr Ng.



Beliau juga menggalak penubuhan satu set norma udara, laut dan dasar laut, protokol dan mekanisme bersama dalam kalangan tentera untuk membimbing tingkah laku di rantau Asia Pasifik, meredakan ketegangan dan mengurangkan risiko silap perkiraaan memandangkan pada cabaran keselamatan di wilayah ini.



Selain persidangan keselamatan Moscow, Dr Ng menghadiri mesyuarat tidak rasmi Asia Tenggara dan Menteri Pertahanan Russia.



Mereka membincangkan isu-isu keselamatan antarabangsa dan keperluan kerjasama lebih tinggi bagi menangani cabaran kompleks, terutamanya ancaman pengganasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >