Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ESM Goh lawat bazar Ramadan

Jul 9, 2015 | 11:12 PM
b910638f-66c9-41ef-9bd2-ba8af2b326f6
-

MENTERI Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong telah mengadakan kunjungan ke bazar Ramadan malam tadi.

Beliau diiringi Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Profesor Madya Fatimah Lateef dan sekumpulan sukarelawan Pasukan Ronda Bazar.

Mereka telah berjalan dari Haig Road hingga ke SingPost Paya Lebar.

Selain bertemu dengan pengunjung di sana, ramai sempat bergambar bersama beliau.

Encik Goh berkata suasana di bazar "semakin besar, meriah dan mempunyai pengunjung dari berbilang budaya".

Beliau juga berharap bazar Ramadan di Geylang Serai akan terus diperbesarkan dan ditambahkan lagi dengan lampu Raya untuk menyerikan lagi suasananya, seperti di Orchard Road dan Chinatown.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg