Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ESM Goh: Penting Asia segarkan semula kerjasama serantau

Jul 05, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Kanan Emeritus (ESM), Encik Goh Chok Tong, telah menekankan peri pentingnya negara-negara Asia menyegarkan semula kerjasama serantau.



Menurut beliau, pandemik Covid-19 telah menunjukkan betapa pentingnya kerjasama antarabangsa, lebih-lebih lagi di peringkat serantau.



Bercakap semasa ucaptamanya di sesi pleno Forum Keamanan Sedunia yang ke-9 semalam, Encik Goh telah mengusulkan tiga prinsip dalam usaha rantau ini menyegarkan semula kerjasama.



Pertama, beliau menggesa agar negara-negara Asia memaksimumkan bidang kerjasama dan mengurangkan pertikaian.



Encik Goh berkata seberapa boleh, Asia harus berusaha menyelesaikan masalah dengan cara baik dan rasional serta sentiasa bersedia untuk kompromi.



Meskipun ada kalanya huraian tidak dapat dicapai, namun pertelagahan dan pertikaian dalam beberapa bidang tertentu tidak sepatutnya menjadi penghalang kerjasama dalam bidang lain yang memberi manfaat bersama.



Beliau juga menyarankan negara-negara di rantau ini supaya saling membantu agar masing-masing dapat mencapai kemakmuran.



Menurut Encik Goh, adalah lebih baik untuk bekerjasama dan mengembangkan pasaran dengan saksama daripada bergelut untuk merebut bahagian masing-masing dalam pasaran.



Renungi dan belajar dari sejarah serta tidak dihambat oleh sejarah, saran beliau.



Beliau menjelaskan ini mungkin lebih mudah diperkatakan daripada diambil tindakan kerana sejarah membentuk memori kolektif warga dan kebanggaan negara.



Bagaimanapun, Encik Goh mengingatkan, sekiranya kita tidak dapat melepaskan luka dan kesilapan lama, serta tidak dapat memaafkan, maka kita tidak dapat melangkah ke hadapan.



"Prinsip-prinsip ini akan menyediakan rangka kerja utama bagi Asia yang aman, yang harus dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak berkepentingan," ujar beliau.



Dalam hal ini, beliau menukil China sebagai pihak yang memegang peranan penting dalam membantu menyegarkan semula kerjasama Asia.



Dalam ucapannya itu juga, Encik Goh menyentuh tentang tiga ciri Asia yang makmur.



Kata beliau, Asia yang makmur dihubungkan menerusi aliran bebas barangan, perkhidmatan dan pelaburan di dalam dan luar Asia.



Pada jangka pendek, keutamaan kita harus tertumpu kepada mengekalkan rantaian bekalan.



Dengan ini, dagangan, khususnya bekalan penting, boleh terus mengalir tanpa sekatan.



"Kerjasama dalam ekonomi digital juga penting.



"Negara-negara harus bersama membangunkan rangka kerja antara operasi yang diperlukan bagi ekonomi digital yang terbuka dan bersepadu," tambah Encik Goh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >