Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice tanggung kos $90j dalam 3 tahun laksana Model Gaji Progresif

Aug 29, 2022 | 05:30 AM



KUMPULAN rangkaian pasar raya koperatif, NTUC FairPrice akan melaksanakan Model Gaji Progresif (PWM) yang meliputi keseluruhan rangkaian perniagaannya termasuk perniagaan runcit, khidmat makanan dan rantaian bekalan yang akan menelan kos $90 juta bagi tempoh tiga tahun sebelum subsidi pemerintah.



Bakal dilaksanakan Khamis ini, ia akan memanfaatkan lebih 10,000 kakitangan bukan eksekutifnya yang dijangka menikmati kenaikan gaji, menurut kenyataan NTUC FairPrice semalam.



Ia termasuk perniagaan Kumpulan FairPrice termasuk pasar rayanya serta pusat makanan Foodfare dan Koufu.



Langkah itu akan meningkatkan gaji para pekerja sejajar dengan kos kehidupan lebih tinggi, menurut Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng semalam.



PWM bagi industri khidmat makanan akan hanya dilaksanakan Mac tahun depan dan sebelum ini gerakan buruh itu menyatakan model tersebut akan juga diperkenalkan bagi kerjaya tertentu seperti pemandu logistik.



Sebelum ini, Kelompok Tiga Pihak bagi Industri Runcit (TCR) juga menyarankan agar 46,000 pekerja runcit tempatan yang bekerja sepenuh masa dan sambilan menyaksikan gaji kasar asas mereka meningkat 8.4 peratus hingga 8.5 peratus setiap tahun dalam tempoh tiga tahun mendatang melalui PWM.



Menurut kenyataan FairPrice semalam, syarikat itu ingin mengorak langkah bagi mengetuai piawaian industri demi membaiki kehidupan para pekerjanya.



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FairPrice, Encik Vipul Chawla, berkata:



"Kakitangan kami adalah aset terpenting kami dan kami menghargai dedikasi dan perkhidmatan mereka.



"Sebagai pembekal makanan, kami mahu bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan dan oleh itu akan berusaha lebih jauh dan melanjutkan inisiatif melangkaui perniagaan runcit kami untuk menyertakan pekerja merentasi semua pelbagai perniagaan kami dalam Kumpulan FairPrice."



Walaupun syarikat mempunyai enam bulan untuk melaksanakan PWM, FairPrice mempercepatkan dan melaksanakannya sejak awal walaupun tekanan kos dan inflasi meningkat 'kerana kami percaya bahawa tenaga kerja yang bermotivasi dan diperkasakan akan memberikan penjagaan terbaik untuk pelanggan kami'.



Pelaksanaan PWM oleh FairPrice akan bermula Khamis ini dan akan memanfaatkan pekerja sepenuh masa dan sambilan tanpa mengira kewarganegaraan di seluruh perniagaan dan fungsi korporat kumpulan tersebut.



Dengan melabur dalam kakitangannya, inisiatif itu akan melengkapkan lagi pendekatan holistik FairPrice dalam membangunkan tenaga kerjanya melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk mengukuhkan kemahiran, meningkatkan produktiviti dan memupuk kerjaya yang baik untuk kakitangan.



"Dengan rangka kerja PWM, kakitangan akan mempunyai laluan kerjaya yang lebih jelas untuk mengambil pemilikan dan meningkatkan kemahiran serta melatih semula diri mereka untuk mencapai produktiviti yang lebih tinggi, yang membawa kepada kemungkinan gaji yang lebih tinggi,'' ujar kenyataan FairPrice semalam.



Kakitangan bukan eksekutif yang membentuk 75 peratus daripada jumlah tenaga kerja FPG dan ini akan meningkatkan gaji kakitangan bukan eksekutif ke tahap yang selaras dengan peranan mereka untuk industri masing-masing.



Langkah FairPrice akan melengkapkan peta transformasi pemerintah dalam membangunkan sektor runcit untuk bersiap sedia bagi masa hadapan agar ia dapat menyesuaikan diri dengan perubahan trend, kemajuan dalam teknologi dan keperluan pengguna yang sentiasa berubah.



Sebagai majikan yang bertanggungjawab dengan tenaga kerja melebihi 13,000 kakitangan, FairPrice memastikan kebajikan dan faedah kakitangan adalah berdaya saing dan seiring dengan keadaan ekonomi dan pasaran.



Kenaikan gaji melalui PWM juga akan membantu kakitangan menguruskan peningkatan kos sara hidup dengan lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >