Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Penglibatan positif bapa punya pengaruh membina ke atas anak

Sep 02, 2023 | 07:25 PM



Kaum bapa yang terlibat secara positif dalam kehidupan anak akan mempunyai pengaruh membina terhadap kanak-kanak tersebut, kata Menteri Negara Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Negara, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Menyatakan demikian semasa merasmikan Bulan Kebapaan Melayu/Islam 2023, Dr Faishal mengingatkan para bapa supaya memainkan peranan aktif dalam mengasuh anak-anak mereka,

Beliau memetik pepatah, ‘pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak dilepaskan angin’, yang bermaksud, pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.

“Marilah kita mengingatkan diri kita bahawa bapa-bapa yang terlibat secara positif dalam kehidupan anak-anak mereka, akan mempunyai pengaruh yang membina ke atas kanak-kanak itu.

“Marilah ingatkan diri kita juga untuk memainkan peranan aktif dalam mengasuh mereka, seperti yang dicerminkan pepatah Melayu, ‘pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak dikibarkan angin’.

“Ini bermaksud anda perlu proaktif dan perlukan persekitaran yang baik. Dengan sikap proaktif dan positif, ia dapat meluntur kehidupan dan perhubungan akan bertambah positif,” ucap Dr Faishal semasa pelancaran Bulan Kebapaan anjuran Pusat Kebapaan (CFF) dan Bapa Sepanjang Hayat (BSH) pada Sabtu di Kelab Masyarakat Nee Soon Central.

Ini merupakan tahun dan edisi keenam Bulan Kebapaan dianjurkan.

Bulan Kebapaan Melayu/Islam 2023 bertemakan ‘Memperkukuhkan peranan bapa dalam keluarga’, bertujuan membantu kaum bapa menghargai peri pentingnya peranan mereka dalam keluarga dan langkah-langkah menjadi seorang bapa yang lebih berkesan.

Melalui kegiatan-kegiatan Bulan Kebapaan, CFF dan BSH menjangkau lebih 300,000 bapa dan anggota keluarga Melayu setiap tahun.

“Selain mengukuhkan ikatan antara bapa dan anak mereka, kegiatan yang dirancang ini juga menjadi wadah bagi kaum bapa meninjau bagaimana mereka boleh menjalankan peranan dalam asuhan dan kesejahteraan anak dengan berkesan. Ini adalah sesuatu yang kita mahu galakkan secara aktif,” tambah Dr Faishal.

Tahun ini, pelbagai kegiatan telah disediakan sepanjang September 2023. Antaranya adalah sesi jamming bapa dan anak pada Sabtu, bagi memupuk hubungan antara anak dan bapa menerusi muzik.


Bagi Encik Muhammad Hafizan Mohd Ali, 39 tahun dan anaknya Naurah Insyirah Muhammad Hafizan, tujuh tahun, mereka berdua mendapati bahawa sesi jamming itu adalah peluang yang seronok untuk mengeratkan lagi hubungan mereka.


“Selain asyik sibuk dengan pekerjaan, saya mendapati bahawa program jamming ini menarik dan dalam persiapan untuk sesi jamming, saya dapat luangkan lebih masa bersama anak sulung saya ini,” ujar bapa dua anak itu yang juga seorang pengurus penerbitan kepada Berita Minggu (BM).


Apabila ditanya apakah proses kegemaran peraduan jamming tersebut, Naurah Insyirah berkata: “Saya tidak pernah menyanyi atas pentas dan ini satu pengalaman yang sangat seronok bagi saya.”


Pasangan itu telah menyanyikan lagu popular penyanyi British Adele bertajuk Rolling In The Deep dan telah memenangi tempat kedua dalam peraduan tersebut.


Untuk mendapatkan maklumat penuh mengenai acara yang telah disediakan, sila kunjungi laman http://www.facebook.com/bapasepanjanghayat. – NUR SYUHRAH HASSAN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >